MESYUARAT PERTAMA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU DAN PERUBAHAN IKLIM
article printer email
Tarikh Berita : Khamis, 02 Mac 2017
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim (MTHPI) bagi tahun ini pada 2 Mac 2017 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat tersebut bersetuju Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) diteruskan bagi tempoh lima tahun bermula 2018 dan berakhir 2022 dengan peruntukan RM5 billion dengan beberapa penambahbaikan serta dikenali sebagai GTFS 2.0. GTFS diperkenalkan pada 2010 dengan dana sebanyak RM3.5 bilion akan berakhir pada Disember ini, berjaya melahirkan ramai usahawan tempatan dalam bidang teknologi hijau dengan pembiayaan sebanyak RM2.96 bilion bagi 272 projek.

Mesyuarat turut mempertimbangkan pelaksanaan Program MySuria kepada 1,620 isi rumah miskin tegar dalam kumpulan B40 di seluruh negara mulai bulan ini dengan peruntukan RM45 juta.

Mesyuarat tersebut turut memperakui Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang menggariskan langkah mentransformasi ekonomi Malaysia berlandaskan teknologi hijau untuk mencapai pertumbuhan ekonomi rendah karbon.

 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal