Menteri KeTTHA Lancar Dana Kontrak Prestasi Tenaga (EPC)
article printer email
Tarikh Berita : Rabu, 16 Ogos 2017
16 Ogos 2017, Putrajaya - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah melancarkan program Dana Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) bagi membantu syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) untuk mendapatkan pembiayaan bagi melaksanakan projek kecekapan tenaga.

Dana ini dibiayai oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) dengan peruntukan sebanyak RM200 juta, dengan sokongan dana jaminan kredit sebanyak RM12 juta daripada KeTTHA dan United Nations Development Program-Global Environment Facility. Kerajaan turut menyuntik dana berjumlah RM5.8 juta dengan kadar pembiayaan kemudahan daripada 8.0% setahun kepada 7.0% setahun bagi menjadikan pakej pembiayaan ini lebih berpatutan kepada ESCO.

Penubuhan dana ini diluluskan Mesyuarat Pertama Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) Tahun 2017 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 Mac lalu.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal