M5 – Infra Rakyat
article printer email
Tarikh Berita : Rabu, 04 Oktober 2017
Projek penjanaan tenaga bertunjangkan infra rakyat, Loji Janakuasa Manjung 5 (M5) , merupakan usaha Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi memastikan bekalan elektrik stabil dan mencukupi dalam membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa panjang dengan menggunakan teknologi  terkini iaitu Ultra Super Critical (USC)  .

Menurut Menteri KeTTHA, YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, projek seumpama ini selari dengan objektif KeTTHA dalam memastikan permintaan dan keperluan tenaga elektrik yang kian meningkat sentiasa dipenuhi dan reserve margin tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dapat dikekalkan pada tahap 25%. Selain itu, memastikan kos operasi yang cekap bagi penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik, dan memastikan usaha ini dilakukan secara berterusan bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke udara dalam penjanaan tenaga.

M5, loji janakuasa arang batu terbaharu TNB, Manjung 5 berkapasiti 1,000MW, dimulatugas tiga hari lebih awal berbanding jadual ditetapkan di bawah Perjanjian Jual Beli Tenaga (PPA), iaitu pada 1 Oktober 2017. 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal