Pelancaran Tapak Rintis Premis Makanan Hijau Dan Sistem Pencernaan Anaerobik
article printer email
Tarikh Berita : Selasa, 07 November 2017
Sepang, 7 November 2017 -  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah memulakan Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green Blue bermula pada pertengahan tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-sebelas. SIRIM Berhad telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek ini berdasarkan kepakaran dan keupayaan SIRIM dalam penyelidikan dan pembangunan produk-produk baharu.

Di bawah projek ini, disasarkan 4 premis makanan hijau diwujudkan dan 6 usahawan kecil sederhana dilatih bagi pengeluaran pembungkusan Green Blue. Premis makanan hijau ini adalah premis yang menjalankan operasinya mengikut amalan hijau antaranya melalui penggunaan bekas makanan dan juga bahan pencuci mesra alam. Inisiatif ini merupakan satu kaedah pendekatan pembaikpulih sumber yang menyokong usaha pengurangan pelepasan gas rumah kaca.

Selain itu, 4 lokasi projek rintis telah dikenalpasti  antaranya Medan Ikan Bakar Kampung Gelam Port Dickson, Medan Selera Kompleks Melaka Mall dan Medan Selera USJ 7, Subang Jaya, dan Medan Selera Dengkil, Sepang.

Pelancaran projek rintis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Puasa bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang. Turut hadir adalah En. Asdiryhme bin Abdul Rasib, Setiausaha Bahagian, Bahagian Regulatori dan Pembangunan, Sektor Teknologi Hijau, KeTTHA dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil bin Mohamad Hani, Presiden  dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad. 

Secara keseluruhannya projek ini berupaya  menghasilkan usahawan dan produk baharu dalam bidang teknologi hijau. Melalui pewujudan premis makanan hijau, penghantaran sisa ke tapak pelupusan dapat dikurangkan. Dianggarkan sebanyak RM4.7 juta kos penghantaran sisa ke tapak pelulupusan dan lebih kurang 9 ribu tan Co2eq dapat dijimatkan dalam tempoh 10 tahun operasi sistem pencernaan anaerobik. Melalui pengenalan pembungkusan Green Blue pula, dianggarkan 30% penggunaan polisterin dapat dikurangkan di kawasan bandar besar.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal