Dialog TN50 Green
article printer email
Tarikh Berita : Ahad, 04 Februari 2018
KOTA BHARU, 4 Feb 2018 – Selaras dengan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dilancarkan akhir tahun lalu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kini rancak menganjurkan siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 Green) dan pembangunan mampan “Sustainable Development Goals 2030” (SDG 2030) di seluruh negara.

Program turun padang ini bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang GTMP, peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau. Ia diterajui oleh YB Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Dialog TN50 Green mendokong dasar GTMP. Sesi dialog di Kota Bharu, anjuran bersama TNB turut menampilkan personaliti TV terkenal tanahair Fizo Omar, yang merupakan anak kelahiran Kelantan.

Seramai 1,000 orang warga Kelantan yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat, pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam menghadiri sesi dialog ini. Sebanyak 130 aspirasi dan soalan diterima menerusi Instagram Fizo Omar. 130 aspirasi dan soalan diterima menerusi Instagram Fizo Omar.

Dialog pertama telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Januari lalu. Siri jelajah ini akan diteruskan di Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
 
GTMP menetapkan hala tuju perkembangan industri teknologi hijau negara ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan. Fokus GTMP adalah dalam sektor tenaga, pembuatan, pengangkutan, bangunan, pengurusan sisa dan pengurusan air.

Pelaksanaan GTMP dijangka dapat meningkatkan sumbangan teknologi hijau kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) daripada RM7.9 bilion pada tahun 2013 kepada RM60 bilion menjelang tahun 2030 serta menjana jumlah pendapatan sebanyak RM181.1 bilion. Jumlah pelaburan dalam bidang teknologi hijau dijangka meningkat kepada RM94.3 bilion dan 221,500 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menjelang tahun 2030.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal