PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR
article printer email
Tarikh Berita : Ahad, 11 Mac 2018
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  (KeTTHA) menafikan sekeras-kerasnya bahawa punca kepada masalah bekalan air di Selangor adalah disebabkan tindakan sabotaj penutupan paip utama seperti mana yang dilaporkan oleh Edisi Kantoi. Laporan yang sama telah disiarkan pada tahun 2013/2014 dan kini diulang siar sekali lagi bagi menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Ia sebenarnya adalah satu percubaan untuk menyembunyikan ketidakcekapan Kerajaan Selangor dalam pengurusan air.

 Mengikut kapasiti rekabentuk, resab margin simpanan air di Selangor pada tahun 2017 adalah 0%. Faktor ini dikenalpasti antara penyumbang utama masalah bekalan air di Selangor. Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah atau kenaikan permintaan mendadak seperti di musim perayaan, kemungkinan kawasan tertentu di Selangor mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi.

 Jalan penyelesaian kepada perkara ini termasuk (a) tambah bekalan air terawat menerusi pembinaan loji rawatan air baru; (b) kurangkan kadar air hilang (non-revenue water), contoh Selangor 32% (sasaran nasional 25%); dan (c) kurangkan penggunaan perkapita, contoh Selangor 234 liter/kapita.hari (berbanding kadar nasional 209 liter/kapita.hari).

 Jumlah gangguan bekalan air adalah petunjuk utama untuk mengukur tahap kecekapan perkhidmatan bekalan air. Sebagai contoh, Selangor mencatatkan jumlah gangguan tertinggi iaitu 259,537 gangguan pada 2016, berbanding Pulau Pinang 3,778, Melaka 2,267.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal