MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR
article printer email
Tarikh Berita : Selasa, 03 Julai 2018
Majlis Mesra Aidilfitri Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim & Alam Sekitar bersama Menteri, YB Puan Yeo Bee Yin telah diadakan pada 3 Julai 2018 disambut meriah dengan dihadiri lebih 1500 jemputan yang terdiri daripada warga Kementerian dan Agensi-agensi yang bernaung di bawahnya.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan OKU, Dinie N Khai. Selain beramah mesra dengan para hadirin, YB Menteri turut meraikan anak-anak yatim dengan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada 20 orang anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sungai Ramal. Kajang.

Turut hadir ialah YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri, Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Dato’ Dr. Tan Yew Chong, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pengurusan),  Dato’ Badriyah Ab Malik, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga & Teknologi Hijau) serta Ketua-ketua Jabatan /Agensi di bawah Kementerian.

Dalam amanat pertamanya, YB Menteri berkata Kementerian di bawah pucuk pimpinan baharu akan berpegang teguh kepada prinsip integriti, kecemerlangan dan fokus kepada masa hadapan. 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal