Unit Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
article printer email
Kategori Bahagian

Pejabat Ketua Setiausaha/Sektor Pengurusan

Pengenalan

Unit Petunjuk Prestasi Utama (KPI) telah ditubuhkan melalui Waran Perjawatan Bil. K95 tahun 2013 berkuatkuasa mulai 16 Jun 2013. Unit ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama Menteri (MKPI) dan Ketua Setiausaha (KSU) oleh Bahagian/Agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang telah dikenalpasti, ditetapkan dan dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Objektif

Memastikan penyediaan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelarasan MKPI dan KSU berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama Menteri (MKRA) dan selaras dengan Program Tranformasi Nasional (NTP) serta memastikan pelaksanaannya dapat memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
 
Fungsi
  • Merangka dan menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri dan KSU berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama Menteri (MKRA);
  • Mengukur prestasi perkhidmatan Kementerian dan Agensi berdasarkan KPI yang ditetapkan bagi mencapai aspirasi untuk memantapkan imej Kementerian melalui pengurusan KPI yang mantap dan konsisten;
  • Menyelaras dan memantau program-program berkaitan KPI yang ditetapkan di antara Kementerian dan Agensi yang berkaitan bagi mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan melalui hubungan yang baik dengan semua focal point di Kementerian;
  • Memantau prestasi pelaksanaan Pelan Tindakan MKPI dan KSU bersama Kementerian dan Agensi yang berkaitan;
  • Menyelaras dan menyediakan Laporan Pencapaian Bulanan KPI Menteri kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU, JPM) dan Laporan Pencapaian KPI KSU kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Menyelaras dan menguruskan penilaian prestasi pencapaian MKPI bagi sesi Mid Year Review, Year End Review dan Cabinet Away Day di antara YB Menteri dan YAB Perdana Menteri bersama PEMANDU; dan
  • Menyelaras dan memantau inisiatif-inisiatif terkini di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) bagi Oil, Gas and Energy (NKEA OGE), Greater Kuala Lumpur (NKEA GKL), Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) termasuklah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB).
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal