Piagam Pelanggan
article printer email
Misi Perkhidmatan Pelanggan

KAMI KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI, MESRA DAN PROFESIONAL


Piagam Pelanggan
Dalam merealisasi visi dan misi untuk menjadi peneraju pembangunan industri tenaga, teknologi hijau dan air negara yang dinamik dan mapan, warga Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air komited bagi memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan seperti berikut:

Pengguna
  • Memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap melalui penyediaan infrastruktur yang bersepadu dan bermutu tinggi oleh industri tenaga, teknologi hijau dan air.
  • Memastikan bekalan tenaga dan perkhidmatan air disediakan secara sama rata, selamat, boleh dipercayai, berterusan dan pada harga mampu bayar.

Industri
  • Memastikan wujudnya persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri tenaga, teknologi hijau dan air.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi terkini untuk pembangunan industri tenaga, teknologi hijau dan air menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
  • Memastikan wujudnya sistem kawal selia berintegriti berdasarkan polisi, peraturan dan garis panduan sedia ada.

Badan Kawal Selia 
  • Memastikan suatu kawal selia pembangunan industri tenaga, teknologi hijau dan air.
  • Memastikan wujudnya sistem sokongan pengurusan yang berterusan bagi pelaksanaan sistem kawal selia yang berkesan.
  • Memastikan bekalan tenaga, teknologi hijau dan perkhidmatan air dilaksanakan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

Stakeholders
  • Memastikan kehendak dan keperluan stakeholders diuruskan mengikut standard dan masa yang ditetapkan.

Aduan Awam
  • Menyelesaikan aduan mengenai KeTTHA dalam tempoh 15 hari bekerja bagi aduan yang memerlukan siasatan terperinci dari tarikh aduan diterima.
 

 

Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal