|
my eng decrease normal increase red blue green black
Awam Swasta warga
 
Institusi-Institusi Penyelidikan & Pembangunan 
article printer email

Terdapat beberapa institusi R&D di Malaysia yang terlibat dalam penyelidikan saintifik dan ekonomi.

MALAYSIA GREEN TECH COPORATION  (dahulu dikenali sebagai Pusat Tenaga Malaysia (PTM))

PTM adalah sebuah organisasi bebas dan 'non-profit', telah ditubuhkan pada Mei 1998 sebagai memenuhi keperluan perlunya sebuah pusat penyelidikan dan kajian tenaga di Malaysia. Aktiviti-aktiviti utamanya termasuklah membuat perancangan dan penyelidikan tenaga, kecekapan tenaga serta membuat kajian berkaitan teknologi, pembangunan mahupun demonstrasi. Ia juga bertanggungjawab mengumpul segala data berkaitan. PTM juga berfungsi sebagai sebuah agensi tenaga sehenti bagi menghubungkan universiti-universiti, institusi-institusi penyelidikan, pelbagai industri juga organisasi-organisasi tenaga tempatan mahupun antarabangsa. Walaubagaimanapun Pusat Tenaga Malaysia (PTM) sekarang dikenali sebagai nama Green Tech Malaysia.

Fungsi-fungsi utamanya adalah : 

  1. Ejen bagi sektor awam dan swasta
  2. Penjaga/Gedung pangkalan data tenaga negara
  3. 'Think-tank' untuk tenaga menerusi perkhidmatan pakar runding
  4. Penggalak program kecekapan tenaga negara
  5. Mengkoordinasi serta bertindak sebagai pengurus utama dalam penyelidikan tenaga, pembangunan dan projek-projek demonstrasi.

 

Seterusnya →


TNB Research Sdn Bhd

TNB Research Sdn Bhd sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditubuhkan pada Mac 1993 bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk TNB. Ia memberikan jaminan kualiti, menyediakan perkhidmatan makmal juga khidmat pakar runding dalam aspek pemeliharaan tenaga dan persekitaran untuk TNB serta lain-lain pembekal tenaga di Malaysia.

Petronas Research Scientific Services Sdn Bhd (PRSS)

PRSS merupakan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya oleh PETRONAS yang menjalankan aktiviti-aktiviti R&D bagi industri petroleum.

SIRIM Bhd

SIRIM terbabit dalam aktiviti-aktiviti R&D bagi sektor perindustrian. Aktiviti-aktivitinya lebih ditumpukan kepada bidang tenaga yang boleh diperbaharui juga kecekapan tenaga.

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE)

Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga atau Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) mula beroperasi sejak 2 Oktober 2000 dan dirasmikan pada 29 Julai 2002. CETREE merupakan sebuah pusat yang membantu memberi pendidikan dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai peranan tenaga yang diperbaharui dan kecekapan tenaga kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia.

← SebelumnyaSeterusnya →

Program/ Projek

  1. Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE)
  2. Projek 'Capacity Building in Integrated Resources Planning (IRP) at Government and Related Agencies
  3. Projek Bangunan Baru Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (Low Energy Office (LEO)) di Putrajaya
  4. Program Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP)
  5. Projek 'Demand Side Management' (DSM)
← Sebelumnya
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image SMART AND ECO FRIENDLY CITY SEMINAR Secretary General, Ministry of Energy, Green Technology and Water Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang has delivered keynote speech.. Selanjutnya
image Menteri KeTTHA Lancar Stesen ChargEV Serdang, 9 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah melancarkan stesen ChargEV... Selanjutnya
image MESYUARAT PERTAMA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU DAN PERUBAHAN IKLIM YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim... Selanjutnya
noimage Menteri KeTTHA Perkenal Malaysia di EXPO Astana 2017 Putrajaya, 1 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah memperkenalkan Malaysia... Selanjutnya
image MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KETTHA BERSAMA WARGA KETTHA DAN AGENSI Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA... Selanjutnya
image MAJLIS PERJUMPAAN MENTERI BERSAMA WARGA KeTTHA DAN AGENSI PUTRAJAYA, 24 Januari 2017 – Majlis Perjumpaan Menteri bersama Warga KeTTHA dan Agensi serta Amanat Tahun 2017... Selanjutnya
image Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue Putrajaya, 10 Januari 2017 – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan satu inisiatif baru iaitu Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue... Selanjutnya
image KETUA SETIAUSAHA KeTTHA SAKSI MoU ANTARA AIR BERHAD DAN UTM Putrajaya – Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Ir Dr. Zaini Ujang menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)... Selanjutnya
noimage INDUSTRIAL ENGAGEMENT WORKSHOP ON SKILLS CHALLENGES IN THE WATER AND WASTEWATER INDUSTRY Putrajaya, 8 Dec 2016 - Universiti Kuala Lumpur through its newly establish Centre for Water Engineering and its strategic alliances; UNESCO-IHE Institute for Water Education & Malaysian Water Association... Selanjutnya
image 100 move into longhouses in Matunggong MATUNGGONG, 3 November - Some 100 people in Kampung Membatu Laut Baru, here, received an early Christmas present after finally moving comfortably into their homes... Selanjutnya
image Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Rasmi Projek Pembetungan PAPAN 1 YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany, Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melancarkan Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Projek di Papan (PAPAN 1)... Selanjutnya
image 22nd Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menyampaikan taklimat berkaitan pemuliharaan tenaga dan kelestarian sempena Persidangan 22nd Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change (COP 22)... Selanjutnya
noimage MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KETTHA BERSAMA WARGA KETTHA DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang Bersama Warga KeTTHA dan Agensi Di Bawah Kementerian telah diadakan dengan jayanya pada 9 November 2016... Selanjutnya
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 21 April 2017
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768
Pengguna Atas Talian onlineonline Statistik Pelawat totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
Polisi Privasi | Polisi Keselamatan | Penafian | Maklum Balas | Soalan Lazim | Peta Laman
 
sirim