Tenaga Boleh Baharu (TBB)
article printer email
Selaras dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) (2001-2010) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) untuk mengalak dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharu (RE), maka Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memantap dan membangunkan penggunaan RE sebagai sumber tenaga kelima (5) negara. Bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), Kerajaan telah menetapkan sasaran penjanaan tenaga elektrik secara gridconnected menggunakan sumber- sumber RE seperti seperti; biomass, biogas, mini-hidro, angin, solar dan municipal waste pada kapasiti 350MW iaitu melibatkan 300MW di Semenanjung Malaysia dan 50MW di Sabah. Kerajaan sentiasa komited untuk mempastikan kejayaan pembangunan RE di Malaysia khususnya melalui pelaksanaan program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (Small Renewable Energy Programme - SREP) yang diperkenalkan pada tahun 2001.

Pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan bertujuan menarik minat pemaju-pemaju projek RE untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor ini seperti penubuhan infrastruktur untuk pembangunan RE, merangka program-program bagi pembangunan industri & pasaran RE dan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif.

Projek Tenaga Boleh Baharu
1) Hidro Mini
Projek-projek hidro-mini yang terkini, segala perkara yang berkaitannya boleh diperolehi daripada laman web Malaysia Green Tech Coporation (MGTC).

2) Projek Tenaga Biojism
Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Genaration and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah menerima kemudahan yang besar daripada 'GEF' bagi membangunkan sebuah projek untuk Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Genaration and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen). Tujuan utamanya adalah untuk menentukan serta mengatasi segala yang menjadi penghalang dalam usaha negara mengkomersilkan penggunaan sisa buangan biojisim co-generation, termasuklah penjana kuasa 'grid connected' di Malaysia.

3) Tenaga Solar

Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.

Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.

Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.

TNB Research Sdn Bhd sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Ia dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000).

Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).

Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
noimage Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Program Diploma PIIC Selanjutnya
noimage PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal