Majlis Teknologi Hijau Negara & Perubahan Iklim (MTHPI)
article printer email

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara (MTH) adalah merupakan satu strategi utama yang telah digariskan di dalam dasar tersebut. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, penubuhan MTH merupakan salah satu komponen Teras Stategik Satu dan merupakan platform peringkat tertinggi untuk menyelaraskan isu-isu mengenai Teknologi Hijau di antara pihak Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan (stakeholders) utama dalam melaksanakan dasar ini.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 November 2009 bersetuju dengan cadangan supaya Jawatankuasa Kabinet Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) digabungkan dengan Majlis Teknologi Hijau Negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri memandangkan isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan.

FUNGSI

Menggubal dasar dan mengenal pasti isu strategik dalam pembangunan dasar teknologi hijau negara dan perubahan iklim serta menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara dan program-program teknologi hijau dan perubahan iklim di peringkat nasional.


JAWATANKUASA PEMANDU

Jawatankuasa Pemandu akan bermesyuarat sebulan sebelum Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim. Jawatankuasa ini terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha di Kementerian-kementerian yang terlibat dan dipengerusikan secara bersama oleh KSU KeTTHA dan KSU NRE. Jawatankuasa Pemandu bertindak untuk menasihati  MTHPI mengenai perkara-perkara berikut:

(i)    penyelarasan dan kerjasama di antara pelbagai agensi  kerajaan;
(ii)    dasar kerajaan dan pelaksanaan berkesan;
(iii)    penambahbaikan kepada mekanisme fiskal dan sokongan; dan
(iv)    penilaian terhadap mekanisme dasar negara bagi menyokong objektif dan Dasar Teknologi Hijau Negara dan Dasar Perubahan Iklim. 

JAWATANKUASA KERJA

Lapan (8) buah Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu bagi membantu MTHPI berkaitan dengan bidang fokus yang spesifik serta melibatkan stakeholders lain terutamanya daripada sektor swasta dan agensi. Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja tersebut adalah seperti berikut :

(i)    Jawatankuasa Kerja Industri;
(ii)    Jawatankuasa Kerja Modal Insan;
(iii)    Jawatankuasa Kerja Penyelidikan dan Inovasi; 
(iv)    Jawatankuasa Kerja Promosi dan Kesedaran Awam; dan
(v)    Jawatankuasa Kerja Pengangkutan
(vi)    Jawatankuasa Kejiranan Hijau
(vii)    Jawatankuasa Adaptasi
(viii)    Jawatankuasa Pembangunan Hijau

Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
noimage Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Program Diploma PIIC Selanjutnya
noimage PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal