Skop, Objektif, Fungsi dan Struktur Organisasi
article printer email
I.   SKOP

Industri perkhidmatan air negara di bawah KeTTHA meliputi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

 II.  OBJEKTIF
  • Untuk mewujudkan industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang telus dan bersepadu bagi memberikan perkhidmatan yang berkesan dan cekap kepada pengguna;
  • Untuk memastikan ketersediaan dan kemampanan bekalan air termasuk penjimatan air;
  • Untuk menyumbang kepada kemampanan alur air dan kawasan tadahan air;
  • Untuk meningkatkan tahap daya saing dalam industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi;
  • Untuk mewujudkan mekanisme pengawalseliaan yang mapan agar operator indsutri perkhidmatan air dan pembetungan bagi menguruskan kedudukan kewangan yang kukuh bagi jangka panjang;
  • Untuk mengawal selia industri perkhidmatan air demi manfaat para pengguna untuk jangka panjang;
  • Untuk mengawal selia tarif dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan atas dasar yang saksama;
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan alam sekitar melalui pengurusan yang berkesan dan cekap dalam perkhidmatan pembekalan air dan pembetungan;
  • Untuk mewujudkan suatu sistem akauntabiliti dan tadbir urus yang berkesan di kalangan operator industri perkhidmatan air dan perkhidmatan pembetungan; dan
  • Untuk mengawal selia system keselamatan dalam menjamin pembekalan air dan pembetungan.

 III.  FUNGSI
  • Merangka hala tuju dasar dan strategi keseluruhan industri perkhidmatan air (termasuk pembekalan air dan pembetungan);
  • Menetapkan dan mengkaji semula rangka kerja pengawalseliaan industri perkhidmatan air supaya dapat dikuatkuasakan oleh badan kawal selia;
  • Menggalakkan penjimatan air melalui penggunaan air yang cekap;
  • Merancang, menilai dan memantau projek-projek pembangunan infrastruktur; dan
  • Mengurus dan menjadi urusetia Sekretariat Majlis Sumber Air Negara dan pelbagai jawatankuasa peringkat tinggi mengenai perkhidmatan air yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal