Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654]
article printer email

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 bertujuan untuk mewujudkan sebuah badan kawal selia untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Ia terdapat enam bahagian dan empat puluh empat seksyen di bawah Akta 654. Bahagian-bahagian berkenaan adalah seperti berikut:

Bahagian I
Bahagian ini menyatakan tarikh berkuat kuasanya Akta ini dan ianya terpakai hanya kepada Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
 
Bahagian II
Bahagian ini memperuntukkan penubuhan SPAN secara terperinci termasuk mengenai air ke anggota oleh SPAN yang terdiri daripada seorang Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak kurang daripada lapan tetapi tidak melebihi daripada 10 orang anggota SPAN yang lain.
 
Bahagian III
Bahagian ini menyentuh mengenai fungsi dan kuasa SPAN termasuk arahan Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada SPAN.
 
Bahagian IV
Bahagian ini menyentuh mengenai peruntukan yang berkaitan dengan tanggungjawab dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN serta syarat perkhidmatan dan pelantikan pekerja-pekerja SPAN.
 
Bahagian V
Bahagian ini berkaitan dengan penubuhan Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan perbelanjaan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya. Ia juga memperuntukkan kuasa untuk meminjam oleh SPAN dan pelaburan yang boleh dilakukan terhadap Kumpulan Wang tersebut tetapi tertakluk kepada kelulusan Y.B. Menteri Kewangan.
 
Bahagian VI
Bahagian ini adalah berkaitan dengan peruntukan-peruntukan am, antaranya pendakwaan kesalahan di bawah Akta ini termasuk obligasi kerahsiaan anggota Suruhanjaya.

 

BIL. PERUNDANGAN SUBSIDIARI P.U.(A)/P.U.(B)
1. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 Akta 654
2. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006-Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa P.U.(B)39/2007





 





















 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal