Pengukuhan Industri Perkhidmatan Bekalan Air
article printer email
Sehingga kini, penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air bagi enam buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan Perak telah berjaya dimuktamadkan. Negeri Perak merupakan negeri keenam yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dengan menandatangani perjanjian pada 23 Mei 2012. Kejayaan memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri-negeri berkenaan diharap akan menjadi ikutan bagi negeri-negeri lain yang masih belum memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri masing-masing. Tarikh menandatangani perjanjian-perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air bagi negeri-negeri tersebut adalah seperti di jadual di bawah.

Negeri-Negeri Yang Telah Memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air  
BIL. NEGERI TARIKH PINJAMAN
1. Melaka 18 Disember 2008 RM 914 juta
2. Negeri Sembilan 20 Januari 2009 RM1.2 bilion
3. Johor 11 Mac 2009 RM 4.65 bilion
4. Perlis 2 Ogos 2010 RM 85 juta
5. Pulau Pinang  2 Jun 2011 RM 655 juta
6. Perak 23 Mei 2012 RM 999 juta

* Jumlah pinjaman adalah pinjaman mudah (softloan) Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri berkaitan bekalan air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selepas penstrukturan dimuktamadkan.

* Sebagai balasan, Kerajaan Negeri akan memindahkan aset air secara pegangan pajakan (leasehold) kepada PAAB


Manakala bagi penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di enam buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Pahang, Terengganu, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masih dalam peringkat rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal