Soalan Parlimen
article printer email
Jumlah Soalan Parlimen yang dijumpai : 40

No Daripada / Soalan Kategori Tarikh
1
YB Senator Datuk Rabiyah Binti Ali
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB Senator Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bagaimana Kerajaan dapat memberi jaminan bahawa bekalan air mentah di Melaka dapat menampung pertumbuhan fizikal dan ekonomi negeri tersebut dan apakah kapasiti sumber air mentah ini mencukupi sehingga tahun 2030.
Air 10 April 2018
2
YB SENATOR DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB SENATOR DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengenai kapasiti loji-loji rawatan air di negeri Kelantan dan bagaimana SPAN memastikan AKSB menangani masalah kualiti air yang dibekalkan benar- benar bersih.
Air 10 April 2018
3
YB SENATOR DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan sekiranya masalah air tidak juga selesai di Negeri Selangor dan apakah Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih.
Air 10 April 2018
4
TAN SRI DATO' SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM [BANDAR TUN RAZAK]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah komitmen dan pelan tindakan terperinci Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atau sebarang inisiatif lain bagi menyempurnakan penyusunan semula industri air Selangor yang masih gagal akibat kegagalan Kerajaan Negeri mengambilalih SPLASH sehingga kini.
Air 05 April 2018
5
DATUK JUMAT BIN IDRIS [SEPANGGAR]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK JUMAT BIN IDRIS [SEPANGGAR] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:

a) adakah benar Sabah Electricity Sdn. Bhd. akan diswastakan; dan

b) apakah kaedah penyelesaian yang akan diambil Kementerian dalam menyelesaikan isu SESB khususnya dalam isu kerugian.
Tenaga 05 April 2018
6
DR. CHE ROSLI CHE MAT [HULU LANGAT]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan usaha Kementerian bagi menggalakkan pengeluaran dan penggunaan kenderaan elektrik/smart car di Malaysia sebagai alternatif kepada Proton sebelum ini.
Tenaga 05 April 2018
7
YB SENATOR DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB SENATOR DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perincian kapasiti sumber air mentah di negeri Kelantan dan kapasiti loji-loji rawatan air di negeri Kelantan sehingga 2018 serta apakah strategi Kerajaan Persekutuan untuk membantu memuktamadkan masalah bekalan air terawat dan bersih di negeri Kelantan.
Air 05 April 2018
8
YB SENATOR DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan menyatakan punca proses pengambilalihan Konsesi SPLASH oleh Kerajaan Negeri Selangor yang sehingga kini masih belum selesai dan mengapa pengambilalihan Konsesi SPLASH ini meningkat dari RM255 juta sehingga ke RM4.5 bilion.
Air 05 April 2018
9
YB SENATOR DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan oleh kerana masalah air yang dialami oleh rakyat ketika ini sangat meruncing daripada masalah ketiadaan air, tekanan rendah, sehingga air terawat pun sangat kotor, adakah pihak Kerajaan bercadang menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) agar segala pengurusan air di Negeri Selangor dipulangkan semula kepada Kerajaan Pusat.
Air 04 April 2018
10
YB SENATOR DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB SENATOR DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perincian terkini pemilikan loji dan pengendalian operasi Penjana Kuasa Bebas (IPP) di seluruh negara dan bagaimanakah perancangan Kerajaan untuk memastikan penjanaan tenaga elektrik mencukupi dan seiring dengan momentum pembangunan fizikal serta permintaan pengguna tempatan.
Tenaga 04 April 2018
11
YB SENATOR DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB SENATOR DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status Loji Air Langat 2. Jika ia masih tergendala, nyatakan sebab-sebab ia masih tergendala.
Air 03 April 2018
12
YB SENATOR DATUK MUSTAPA KAMAL BIN MOHD YUSOFF
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB SENATOR DATUK MUSTAPA KAMAL BIN MOHD YUSOFF minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapakah kapasiti tenaga solar (fotovolta solar) yang boleh dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat ini, dan adakah dengan kaedah transformasi tenaga solar ini dapat memberi manfaat kepada rakyat untuk jangka masa panjang.
Tenaga 03 April 2018
13
DR. ONG KIAN MING (SERDANG)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DR. ONG KIAN MING (SERDANG) minta MENTERI TENAGA,
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah bayaran kepada MMC
setakat ini untuk projek Sistem Loji Rawatan Kumbahan Langat (CSTP)
dan Sistem Pembawa Pembetungan, status terkini untuk projek ini dan
anggaran tarikh siap.
Air 03 April 2018
14
DR. ONG KIAN MING
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DR. ONG KIAN MING minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status terkini projek ladang suria 50MW yang dianugerahkan kepada 1MDB/Edra Global dan projek ladang solar 150MW yang dianugerahkan kepada Quantum Solar Park dan tarif yang dipersetujui untuk projek-projek ini.
Tenaga 02 April 2018
15
TUAN WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOH [SANDAKAN]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
TUAN WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOH [SIPITANG] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan sedar dengan perancangan pembangunan projek loji jana kuasa lignite di Tawau. Jelaskan adakah loji jana kuasa gas di Sandakan sudah dibatalkan berikutan projek terbaru ini.
Tenaga 02 April 2018
16
YB TUAN LIEW CHIN TONG [KLUANG]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB TUAN LIEW CHIN TONG minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengenai hasil siasatan serta tindakan susulan yang diambil terhadap kejadian gangguan bekalan elektrik di Johor Selatan yang berpanjangan selama lebih 72 jam pada 12 Disember 2017, dan adakah TNB memberi pampasan sewajarnya kepada pihak yang mengalami kerugian akibat gangguan bekalan elektrik.
Tenaga 02 April 2018
17
YB SENATOR DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang telah dirancang serta diambil tindakan oleh Kerajaan dalam memastikan masalah air di Selangor tidak lagi berulang.
Air 02 April 2018
18
DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Dato' Sri Hasan Bin Malek minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI
HIJAU DAN AIR menyatakan perancangan, strategi dan langkah
Kerajaan bagi memperkukuhkan lagi keberkesanan Dasar Teknologi
Hijau Kebangsaan terutamanya dalam sektor perniagaan.
Teknologi Hijau 02 April 2018
19
DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [PUTATAN]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [PUTATAN] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:
a) kedudukan kewangan sebenar Sabah Electricity Sendirian Berhad - SESB yang dikatakan diambang muflis; dan
b) usaha Kementerian untuk mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah dan menyebabkan pengguna kerugian akibat kerosakan barangan elektrik.
Tenaga 02 April 2018
20
YB DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ (SUNGAI SIPUT)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kajian-kajian yang Kementerian telah jalankan terhadap potensi menjanakan tenaga elektrik daripada tiupan angin dengan memakai turbine (Wind Turbines).
Tenaga 02 April 2018
21
YB DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ (SUNGAI SIPUT)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kajian yang Kementerian telah jalankan terhadap cara-cara menyimpan tenaga lebihan yang dijana daripada sumber yang boleh dibaharui untuk dipakai pada waktu malam bila tiada tiupan angin.
Tenaga 02 April 2018
22
YB DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ (SUNGAI SIPUT)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kajian yang Kementerian telah jalankan terhadap potensi menjana tenaga elektrik daripada susut-pasang air laut (tidal power).
Tenaga 02 April 2018
23
DATUK ROZMAN BIN ISLI [LABUAN]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Datuk Rozman Bin Isli minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU
DAN AIR menyatakan apakah rangka kerja strategik Kementerian untuk
memperkasakan ekosistem teknologi hijau yang mampan dan berdaya
saing khususnya dalam mengurangkan kadar intensiti pelepasan 'Gas
Rumah Hijau' ke arah menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Teknologi Hijau 02 April 2018
24
YB TUAN WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOH (SANDAKAN)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB TUAN WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOH minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status terkini berkenaan projek loji jana kuasa geoterma di Tawau. Adakah ia sudah terbengkalai. Bagaimanakah status kayu balak yang sudah dibersihkan di sekitar loji tersebut.
Tenaga 29 Mac 2018
25
YB SENATOR DATUK RABIYAH ALI
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB Senator Datuk Rabiyah Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah terkini penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan kelestarian tenaga dari sumber boleh diperbaharui menjadi pilihan utama tenaga di Malaysia.
Tenaga 29 Mac 2018
26
YB SENATOR PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HAJI HARUN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan data perincian sumber air mentah di negeri Selangor pada masa kini dan kapasiti loji-loji rawatan air untuk Skim Bekalan Air Bersih Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta apakah strategi terbaik bagi memastikan margin rizab bekalan air terawat mencukupi untuk kegunaan orang ramai.
Air 29 Mac 2018
27
YB TUAN M. KULASEGARAN (IPOH BARAT)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB TUAN M. KULASEGARAN minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kita kepada bahan api fosil yang merupakan punca utama pemanasan global. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk melabur dalam tenaga yang boleh diperbaharui.
Tenaga 28 Mac 2018
28
YB DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT (HULU LANGAT)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bagaimana Kementerian memanfaatkan produk biomass dalam menghasilkan campuran tenaga tambahan dalam negara.
Tenaga 28 Mac 2018
29
YB SENATOR DATUK LIM PAY HEN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB Senator Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan statistik penggunaan domestik ke atas 'solar photovoltaics' (PV) apabila Malaysia mempunyai sasaran untuk mencapai kapasiti kuasa solar 1250MW sambungan grid menjelang 2020.
Tenaga 28 Mac 2018
30
YB SENATOR DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan akan mengesyorkan agar pengendalian air di Negeri Selangor diserahkan semula kepada konsesi asal seperti Puncak Niaga yang ternyata mempunyai pengalaman luas dalam pengendalian air ini di samping mereka masih mempunyai konsesi air berbaki 15 tahun lagi.
Air 28 Mac 2018
31
YB SENATOR Y.M. ENGKU NAIMAH BINTI ENGKU TAIB
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB SENATOR Y.M. ENGKU NAIMAH BINTI ENGKU TAIB minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah kadar Air Tidak Berhasil (NRW) negara masa kini dan nyatakan punca berlaku NRW serta sasaran pengurangan NRW serta langkah bagi mengurangkan NRW.
Air 28 Mac 2018
32
YB SENATOR DATUK HAJI ABIDULLAH BIN SALLEH
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan situasi semasa berkaitan krisis bekalan air di Selangor, punca-punca berlaku masalah ini serta penyelesaian yang boleh dilakukan segera demi kebaikan rakyat.
Air 28 Mac 2018
33
DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [PUTATAN]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH minta MENTERI TENAGA TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:

a) Jumlah kenderaan elektrik (Electric Vehicles-EV) yang didaftarkan di negara Malaysia khususnya di negara Sabah dan Sarawak, dan sekiranya ada, berapa banyakkah stesen mengecas kenderaan elektrik yang disediakan di negara ini;

b) Adakah peranti yang boleh digunakan oleh pemilik kereta elektrik untuk mengecas kenderaan mereka dengan tanpa pergi ke stesen mengecas.
Teknologi Hijau 27 Mac 2018
34
TUAN SU KEONG SIONG (IPOH TIMUR)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
TUAN SU KEONG SIONG (IPOH TIMUR) minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah kos yang diperuntukkan untuk Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bandaraya Ipoh. Apakah kaedah-kaedah SOP yang di gunapakai untuk penerimaan aduan-aduan orang awam dan penyelesaian yang diambil oleh kontraktor Mangkubumi Sdn. Bhd.
Air 27 Mac 2018
35
DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DR. AZMAN BIN ISMAIL minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI
HIJAU DAN AIR menyatakan peratusan air bersih terawat yang hilang
(Non-Revenue Water) mengikut negeri. Apakah langkah-langkah
Kementerian untuk mengatasi masalah ini.
Air 22 Mac 2018
36
YB TAN SRI DR. MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD ABDULLAH (MUKAH)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB TAN SRI DR. MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD ABDULLAH
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
apakah langkah proaktif Kementerian untuk mengguna pakai tenaga boleh
diperbaharui (RE) sebagai sumber bagi menjana tenaga elektrik serta
sejauh manakah penggunaan RE mampu memacu pembangunan ekonomi
serta mengurangkan kos pengimportan arang batu yang masih merupakan
bahan api terbesar digunakan di dalam penjanaan tenaga di Semenanjung
Malaysia.
Tenaga 22 Mac 2018
37
Tuan Julian Tan Kok [STAMPIN]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan inisiatif Kerajaan yang wujud bagi merangsang serta menggalakan usahawan tempatan bagi mengembangkan kenderaan 100% elektrik serta “air taxi” (e.g Lilium,, Ehang 184, Uber Elevat etc”)
Tenaga 21 Mac 2018
38
DATUK LINDA TSEN THAU LIN [BATU SAPI]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK LINDA TSEN THAU LIN [BATU SAPI] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kedudukan kewangan Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Kementerian 14 Mac 2018
39
TAN SRI DATO' SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM (BANDAR TUN RAZAK)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan hasil lengkap sebarang kajian impak terhadap Malaysia natijah penguatkuasaan tarif 30% oleh Amerika Syarikat ke atas set dan panel solar diimport di samping pelan tindakan terperinci bagi menangani kemelut tersebut dan protektionisme yang semakin ketara di dunia kebelakangan ini.
Tenaga 06 Mac 2018
40
YB PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH (KUANTAN)
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YB Puan Hajah Fuziah Binti Salleh minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan usaha kerajaan untuk menarik mana-mana syarikat yang mampu dan minat sama ada tempatan atau asing untuk melabur dalam projek penjanaan tenaga kuasa ombak.
Tenaga 06 Mac 2018
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image MAJLIS MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI, SAINS, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR Selanjutnya
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal