• tip
  • tip
  • tip
  • tip
Soalan Lazim
downblue upblue article printer email
Klik pada kategori di bawah untuk lihat senarai soalan & jawapan
Umum
Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada bayaran dikenakan.
Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.
Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
Ya. KeTTHA menerima aduan tanpa nama atau 'whistleblower'. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.
Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh KeTTHA?
Jenis aduan yang diterima oleh KeTTHA adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada KeTTHA?
Semua aduan boleh dirujuk kepada KeTTHA kecuali aduan-aduan terhadap dasar Kerajaan, perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam, Badan Pencegah Rasuah dan Biro Bantuan Guaman. Kami tidak menerima aduan-aduan yang telah dirujuk kepada peguam atau mahkamah.
Bagaimana cara membuat aduan?
Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, faks, laman web kami dan semasa kami mengadakan programprogram bertemu orang ramai.
Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada KeTTHA?
Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan KeTTHA menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu KeTTHA siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.
Apa berlaku kepada aduan saya?
Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Dalam kebanyakan kes, kami akan menelefon agensi berkenaan atau pegawai yang terlibat dan meminta penjelasan. Kami akan menulis kepada mereka untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang perlu. Kebanyakan aduan akan diselesaikan di peringkat ini. Sekiranya aduan membangkitkan isu yang serius dan kompleks, atau kami tidak puas hati dengan tindak balas awal agensi, kami mungkin akan membuat siasatan lanjut.

Sekiranya kami tidak dapat menerima aduan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menjelaskannya kepada anda. Anda akan diberitahu perkembangan siasatan. Sekiranya kami mendapati aduan anda mempunyai asas, keputusannya akan dilaporkan kepada anda dan agensi berkaitan. KeTTHA mungkin akan mencadangkan supaya agensi menimbang semula atau mengubah tindakan atau keputusan; supaya undang-undang, peraturan atau prosedur dipinda; dan/atau agensi perlu mengambil tindakan lain yang sesuai dengan keadaan.

KeTTHA tidak boleh menolak keputusan agensi-agensi, atau memaksa mereka mematuhi cadangan-cadangan kami. Bagaimanapun pada umumnya agensiagensi menerima baik cadangan-cadangan KeTTHA. Jika mereka tidak menerima dan jika KeTTHA berpandangan sesuatu perkara itu untuk kepentingan awam, kami boleh bawa isu yang berkaitan kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa mesti dilaksanakan. Kami juga boleh mengemukakan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai kepada Jemaah Menteri.
Berapa lama KeTTHA membuat siasatan?
Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci.
Kementerian
Apa yang boleh saya adu kepada KeTTHA?
KeTTHA boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan Malaysia di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan untuk menentukan sama ada tindakan itu salah, tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang.
Air
Bagaimanakah air terawat dibekalkan kepada pengguna? Apakah proses yang terlibat dalam menyalurkan air terawat kepada pengguna?
  1. Proses pembekalan air terawat kepada pengguna bermula dengan pengambilan air mentah dari sungai atau sumber-sumber air mentah yang lain untuk dirawat di loji-loji rawatan air. Di negeri Selangor, semua loji rawatan air mendapat sumber air mentah dari sungai.
  2. Selepas melalui proses rawatan di loji-loji rawatan air bagi memastikan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat untuk diminum serta mematuhi Piawaian Air Minum Kebangsaaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, air yang telah dirawat akan disalurkan melalui sistem pengagihan yang terdiri daripada tangki imbangan, paip utama, tangki perkhidmatan dan paip agihan sebelum sampai kepada premis-premis pengguna.
Apakah fungsi empangan dalam pembekalan air terawat kepada pengguna?
Empangan berfungsi untuk menakung air mentah dan melepaskannya ke dalam sungai apabila paras air di dalam sungai tidak mencukupi untuk membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air serta untuk kegunaan lain seperti pertanian.
Adakah ini bermakna bahawa sekiranya empangan berada pada paras yang penuh, air mentah adalah mencukupi untuk dibekalkan kepada loji-loji rawatan air?
Sekiranya empangan berada pada paras yang penuh, empangan berupaya untuk meningkatkan kapasiti air mentah di dalam sungai untuk membolehkan air tersebut digunakan oleh loji-loji rawatan air.
Jadi, kenapakah negeri Selangor perlu mendapatkan bekalan air mentah dari negeri Pahang?
Pembangunan serta pertambahan penduduk yang pesat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyebabkan permintaan terhadap air terawat semakin meningkat dengan kadar yang cepat. Bagi memenuhi permintaan ini, perancangan jangka panjang perlu dibuat bagi memastikan bekalan air yang mencukupi bagi memenuhi permintaan. Negeri Selangor hanya mempunyai 5 buah sungai utama yang dapat membekalkan air kepada sebahagian besar penduduk di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berdasarkan kajian sumber air yang dilaksanakan oleh Kerajaan, sungai-sungai tersebut tidak dapat menampung permintaan pada masa hadapan. Oleh itu, perancangan jangka panjang perlu dibuat untuk memastikan penduduk di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi kerana pembangunan infrastruktur bekalan air seperti pembinaan loji serta sistem pengagihan memerlukan tempoh yang panjang untuk disiapkan.
Tidakkah empangan-empangan di negeri Selangor dapat memastikan sungai-sungai membekalkan air mentah yang mencukupi kepada loji-loji rawatan air?
Negeri Selangor mempunyai 7 buah empangan yang dibina bagi memastikan 5 sungai utama di negeri Selangor mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk membekalkan sumber air mentah kepada loji-loji rawatan air di Selangor. Daripada 5 sungai utama yang ada di negeri Selangor ini, Sungai Selangor membekalkan hampir 60% daripada sumber air mentah yang diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sekiranya kita meneruskan kebergantungan kepada sungai ini, dikhuatiri apabila berlaku insiden-insiden di luar jangkaan seperti pencemaran air yang teruk serta musim kemarau yang berterusan yang menyebabkan paras empangan berada pada tahap yang rendah seperti mana yang sedang berlaku sekarang, bekalan air kepada sebilangan besar pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terjejas. Malah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah melaporkan bahawa paras simpanan air di Empangan Sungai Selangor kini berada pada tahap 56 peratus sahaja. Jika paras empangan ini terus menurun, ia dikhuatiri akan menjejaskan bekalan air mentah ke loji-loji rawatan air di sepanjang Sungai Selangor.
Kenapakah catuan air perlu diadakan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur?
Bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada pengguna, kita memerlukan sumber air mentah yang mencukupi serta keupayaan loji yang cukup untuk merawat air.
 
Walau pun keupayaan loji untuk merawat air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya agak terhad dengan rizab margin kini berada pada tahap kurang daripada 2%, namun catuan air yang berlaku pada masa ini adalah berpunca daripada kurangnya sumber air mentah.
 
Disebabkan cuaca yang panas dan kering diikuti dengan hujan yang kurang sejak Januari 2014, paras sungai-sungai dan empangan-empangan telah menyusut. Fenomena ini terbukti apabila rekod di empangan-empangan menunjukkan jumlah hujan yang rendah berbanding dengan bulan-bulan yang sama tahun-tahun yang lepas. Ketujuh-tujuh empangan bekalan air yang menyimpan air mentah bagi keperluan air terawat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menyusut ke tahap yang rendah. Empangan Sg. Selangor merupakan empangan terbesar di negeri Selangor di Lembangan Sungai Selangor. Di dalam lembangan yang sama, Empangan Sg. Selangor dan Empangan Sg. Tinggi membekalkan sumber air mentah bagi memenuhi 61% daripada permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.




Pada awal bulan April 2014, Empangan Sg. Selangor dan Empangan Sg. Tinggi mempunyai peratus simpanan terendah masing-masing pada 36.39% dan 60.97%. Begitu juga dengan lain-lain empangan iaitu Empangan Sg. Langat 48.25%, Empangan Klang Gates 50.04%, Empangan Sg. Semenyih 70.80%, Empangan Sg. Batu 77.06% dan Empangan Tasik Subang 86.77%.
 
Berbanding pada masa yang sama pada tahun-tahun yang lepas, semua empangan mempunyai simpanan 100% atau hampir.
 
Disebabkan paras empangan yang rendah, Kerajaan Negeri Selangor, selaku pihak yang bertanggung jawab dalam mengawal sumber air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya telah mengambil keputusan untuk mengurangkan pelepasan daripada Empangan Sg. Selangor dan Empangan Klang Gates. Apabila pelepasan dikurangkan, maka pengeluaran loji-loji rawatan air akan turut terjejas. Oleh yang demikian, catuan air perlu dilaksanakan bagi memastikan pengguna-pengguna mendapat bekalan air secara adil dan saksama.
 
Langkah mengurangkan pelepasan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah perlu untuk mengelakkan empangan daripada kering. Sekira empangan menjadi kering, kesannya akan menjadi lebih serius lagi dan gangguan bekalan air lebih berskala besar.
 
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah menjangkakan cuaca akan kembali panas daripada bulan Jun sehingga September tahun ini. Oleh yang demikian, simpanan di empangan perlu diguna dengan berhemah dan berhati-hati untuk bertahan sehingga bulan Oktober apabila musim hujan tiba.   





 
Selain daripada negeri Selangor, adakah negeri yang lain turut dicatu?
Cuaca yang panas dan kering bukan sahaja melanda negeri Selangor dan Kuala Lumpur tetapi juga negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Akibat paras sungai dan empangan yang menyusut, beberapa daerah di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Perak turut melaksanakan catuan air disebabkan oleh ketidakcukupan sumber air. Malah kawasan Taiping, Perak yang mempunyai kadar hujan yang tertinggi turut melaksanakan catuan apabila sungai yang membekalkan sumber air terjejas akibat cuaca yang panas.
 
Walau bagaimanapun, jumlah penduduk yang terlibat dengan catuan di lain-lain negeri tidak lah seramai seperti di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Kawasan manakah yang terlibat dengan catuan?
Di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, hanya kawasan-kawasan yang dibekalkan oleh loji-loji rawatan air (LRA) tertentu sahaja yang terlibat dengan catuan. Loji-loji rawatan air yang dimaksudkan ialah LRA Sungai Selangor Phase 1 (SSP1), LRA SSP2, LRA SSP3, LRA Rasa, LRA Rantau Panjang dan LRA Semenyih. Selain itu kawasan-kawasan yang dibekalkan daripada LRA Wangsa Maju dan LRA Bukit Nanas juga terlibat. Loji-loji ini terpaksa dikurangkan pengeluarannya berikutan dengan pengurangan pelepasan daripada Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates.
 
Di bawah Peringkat Pertama Catuan, kawasan-kawasan yang dibekalkan daripada LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi turut dicatu akibat penutupan loji-loji tersebut disebabkan pencemaran ammonia di sungai.
 
Kawasan-kawasan yang dibekalkan daripada lain-lain loji selain daripada loji yang dinyatakan di atas tidak terlibat dengan catuan.
Bagaimanakah catuan ini dilaksanakan?
Di bawah Peringkat Ketiga dan Keempat Catuan, setiap wilayah iaitu Wilayah Gombak, Petaling, Klang / Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dibahagikan kepada empat zon di mana setiap zon menerima bekalan air selama 2 hari dan diikuti dengan catuan selama 2 hari.
 
Dalam melaksanakan catuan, SYABAS selaku operator yang bertanggung jawab dalam mengagihkan bekalan air akan menutup bekalan air ke zon-zon yang telah dikenalpasti pada hari-hari yang ditetapkan seperti jadual catuan di injap paip keluar dari kolam-kolam bekalan pada jam 9.00 pagi. Injap yang sama akan dibuka semula pada jam yang sama dua hari kemudian. Prosedur yang sama dijalankan bagi lain-lain zon bekalan dan proses ini diulangkan secara bergilir-gilir.
 
Secara keseluruhannya, di bawah program catuan yang sedang dijalankan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan pada masa ini, sebanyak 1,187 kawasan yang terlibat yang memerlukan injap di kawasan-kawasan tersebut dibuka dan ditutup secara berterusan.
 
Perlu dijelaskan bahawa matlamat catuan adalah untuk memastikan semua pengguna mendapat bekalan melalui paip walaupun tempoh masa bekalan tidak secara berterusan.
Kenapakah catuan tidak diadakan setiap satu hari kerana tempoh masa catuan 2 hari diikuti dengan 2 hari bekalan adalah terlalu lama?
Dalam melaksanakan catuan air, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN selaku badan kawal selia perkhidmatan air dan SYABAS selaku operator pengagihan sentiasa berusaha dengan sebaik-baiknya untuk mengurangkan kesulitan di pihak pengguna-pengguna.
 
Ingin dijelaskan bahawa tidak seperti bekalan elektrik, air mengambil masa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia mengalir mengikut haidraulik dan perlu mengisi ruang-ruang paip sebelum bergerak mengikut tekanan. Oleh yang demikian, beberapa kawasan tertentu seperti kawasan-kawasan yang terletak di tempat tinggi, kawasan yang terletak di penghujung sistem bekalan air dan kawasan yang dibekalkan air melalui sistem pam memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapat bekalan air. Disebabkan faktor-faktor sedemikian, SPAN dan SYABAS melaksanakan kaedah 2 hari bekalan dan 2 hari catuan bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan air melalui paip.
 
Sekiranya bekalan dan catuan ditetapkan satu hari sahaja, adalah dikhuatiri kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas tidak akan sempat untuk menerima bekalan air. Sememangnya tempoh masa 2 hari bekalan dan catuan adalah dirancang berdasarkan kepada pengalaman semasa krisis air pada tahun 1998 yang lalu.

Kenapakah bekalan air tidak diperolehi mengikut jadual pengagihan seperti yang ditetapkan?
Seperti diterangkan di atas, air mengalir secara perlahan mengikut hidraulik dan perlu mengisi ruang kosong dalam paip sebelum dapat bergerak. Sistem bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur merangkumi kawasan yang sangat luas dengan jaringan paip yang panjang. Oleh yang demikian, beberapa kawasan di sesuatu zon itu khususnya kawasan tinggi dan penghujung sistem akan lewat mendapat bekalan air berbanding dengan kawasan yang dekat dengan kolam dan terletak di kawasan yang rendah. Begitu juga dengan kawasan yang memerlukan pengepaman lebih-lebih lagi pengepaman yang berperingkat (staged pumping).
Kenapa kadang kala bekalan air terputus sehingga 3 hingga 4 hari tidak seperti yang dijadualkan?
Dalam keadaan tertentu, bekalan air boleh terputus sehingga 3 hingga 4 hari melebihi 2 hari seperti yag dijadualkan. Pada kebiasaannya, gangguan yang berpanjangan ini adalah disebabkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan tidak disengajakan contohnya paip utama pecah atau bekalan elektrik terputus yang menyebabkan hentitugas stesen pam penggalak di kawasan berkenaan. Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air akan mengambil masa yang panjang. Dalam kes-kes seperti ini, SYABAS akan menghantar bekalan air melalui lori-lori tangki.
Kenapa tidak semua kawasan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur dicatu bekalan?
Di bawah Pengagihan Air Berjadual atau Catuan Peringkat Ketiga, hanya kawasan-kawasan yang mendapat bekalan daripada LRA SSP1, LRA SSP2, LRA SSP3, LRA Rasa, LRA Rantau Panjang, LRA Wangsa Maju dan LRA Bukit Nanas sahaja yang terlibat. Ketujuh-tujuh loji ini menerima sumber air mentah daripada Empangan Sg. Selangor, Empangan Sg. Tinggi dan Empangan Klang Gates.
 
Di bawah Peringkat Keempat pula, kawasan-kawasan yang menerima bekalan air daripada LRA Sg. Semenyih turut terlibat. Kawasan-kawasan yang dibekalkan daripada loji-loji lain selain daripada loji-loji tersebut masih mendapat bekalan seperti biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan menjadi lebih serius berikutan paras empangan yang terus menyusut, kawasan catuan akan dikaji semula dan diperluaskan sekiranya perlu.
Kenapa catuan tidak dilaksanakan secara adil kerana kawasan perumahan tertentu dikecualikan daripada catuan?
Di bawah Pengagihan Air Berjadual atau Catuan Peringkat Ketiga, hanya kawasan-kawasan yang mendapat bekalan daripada LRA SSP1, LRA SSP2, LRA SSP3, LRA Rasa, LRA Rantau Panjang, LRA Wangsa Maju dan LRA Bukit Nanas sahaja yang terlibat. Ketujuh-tujuh loji ini menerima sumber air mentah daripada Empangan Sg. Selangor, Empangan Sg. Tinggi dan Empangan Klang Gates.
 
Di bawah Peringkat Keempat pula, kawasan-kawasan yang menerima bekalan air daripada LRA Sg. Semenyih turut terlibat. Kawasan-kawasan yang dibekalkan daripada loji-loji lain selain daripada loji-loji tersebut masih mendapat bekalan seperti biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan menjadi lebih serius berikutan paras empangan yang terus menyusut, kawasan catuan akan dikaji semula dan diperluaskan sekiranya perlu.
Kenapa rumah-rumah di satu kawasan perumahan dicatu bekalan manakala rumah-rumah di jalan bersebelahan di taman perumahan yang sama sentiasa menerima bekalan?
Dalam kes-kes yang tertentu, sesuatu taman perumahan mempunyai sistem bekalan air yang berbeza, contohnya sebahagian kawasan mendapat terus daripada paip utama secara graviti dan sebahagian kawasan yang lain menerima bekalan melalui sistem pam yang berperingkat-peringkat. Selain itu, berkemungkinan punca bekalan air juga adalah daripada loji rawatan air yang berlainan.
 
Selain itu juga, di bawah program catuan air di negeri Selangor dan Kuala Lumpur beberapa premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan lapangan terbang tidak dikenakan catuan. Dalam kes-kes tertentu, sistem bekalan air yang membekalkan air ke premis-premis kritikal seperti di atas tidak dapat diasingkan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan yang berhampiran akan turut mendapat air.
 
Faktor-faktor serta kekangan teknikal di beberapa kawasan tertentu menyebabkan berlakunya keadaan di mana ada kawasan yang dicatu manakala kawasan yang berhampiran masih mendapat bekalan air.
Kebelakangan ini, hujan telah turun dengan lebatnya tetapi kenapa bekalan air masih dicatu?
Memang benar, hujan telah mulai turun sejak awal bulan April di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Namun begitu, kadar hujan yang turun di kawasan tadahan empangan-empangan khususnya di Empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Baru adalah rendah. Mengikut rekod, jumlah hujan di Empangan Sungai Selangor pada bulan April sehingga 14 haribulan berjumlah hanya 12 mm berbanding dengan purata hujan bagi bulan April dari tahun 2005 hingga 2013 sebanyak 239 mm. Walaupun paras di semua empangan meningkat sejak awal April tetapi peningkatan paras belum mencapai ke paras biasa.
Apakah langkah yang diambil oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab untuk menangani kemerosotan paras empangan?
Selaku pihak yang bertanggung jawab dalam hal-hal berkaitan dengan sumber air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurangkan pelepasan daripada Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates mulai 2 Mac 2014.
 
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui badan kawal selia sumber air itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia untuk menjalankan proses pembenihan awan. Usaha ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang bagi meningkatkan paras empangan-empangan.
 
Di samping itu, Kerajaan Negeri Selangor juga melalui LUAS sedang menjalankan kerja-kerja mengepam sumber air di kolam-kolam dan bekas-bekas lombong yang terletak di bersebelahan Sungai Selangor di Bestari Jaya bertujuan untuk meningkatkan aliran air sungai. 
Tenaga
Bilakah tarif elektrik baru berkuatkuasa?
Tarif elektrik baru mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.
Berapakah penyelarasan tarif elektrik pada semakan tarif kali ini?
  1. Kadar purata tarif diselaraskan sebanyak 2.23sen/kWj (7.12%) daripada 31.31sen/kWj kepada 33.54sen/kWj. Penyelarasan tarif kali ini melibatkan 2 komponen utama iaitu:
    • Penyelarasan sebanyak 1.60 sen/kWj (5.12%) disebabkan oleh keputusan Kerajaan untuk menaikkan harga gas kepada sektor elektrik daripada RM10.70/MMBTU kepada RM13.70/MMBTU;
    • Semakan tarif asas TNB sebanyak 0.63sen/kWj (2.0%) bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak semakan tarif asas yang terakhir dilaksanakan pada Jun 2006.
  2. Mekanisme Tarif Galakan atau Feed-in Tariff diperkenalkan untuk menggalakkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) (Renewable Energy – RE). Kutipan sebanyak 1.0% daripada bil elektrik pengguna akan disumbangkan kepada Dana TBB untuk menampung kos tambahan bagi kos penjanaan elektrik daripada sumber RE yang lebih tinggi berbanding kos penjanaan daripada sumber-sumber fosil.
Apakah kadar istimewa atau diskaun tambahan yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna elektrik?
Pakej semakan semula tarif ini juga merangkumi kadar dan diskaun tambahan seperti berikut:
  • diskaun 10% ke atas bil elektrik bulanan yang sedang dinikmati oleh sekolah Kerajaan, institusi pengajian tinggi Kerajaan, rumah-rumah ibadat dan badan-badan kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan adalah dikekalkan. Diskaun 10% ini juga akan turut diberikan kepada institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan;
  • pengguna Thermal Energy Storage (TES) akan menikmati kadar diskaun lebih tinggi untuk penggunaan dalam tempoh luar puncak (off peak) bagi menyokong pembangunan teknologi hijau dan Demand Side Management;
  • pengurangan caj Firm Standby untuk Co-generators bagi pengguna-pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga dengan lebih cekap;
  • syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan akan dikategorikan di bawah Tarif Industri; dan
  • mengekalkan Tarif Khas Pertanian.
Berapakah purata kenaikan bil elektrik mengikut pelbagai kategori pengguna?
Pengguna industri akan mengalami kenaikan purata sebanyak 8.35% (di antara 6.2% dan 10.3%). Manakala, pengguna komersial pula akan mengalami kenaikan purata sebanyak 8.35% (diantara 6.2% dan 10.3%).

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200kWj di bawah kategori jaluran asas penggunaan (lifeline band) dan 100kWj berikutnya tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik. Pengguna dalam kategori ini akan terus menikmati tarif elektrik pada kadar sedia ada iaitu 21.8sen/kWj dan 33.4sen/kWj.

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 301kWj sehingga 400kWj sebulan pula akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan di antara 0.1% sehingga 8.3%, iaitu dalam lingkungan RM0.07 sehingga RM6.60.
Apakah impak kenaikan tarif elektrik ke atas pengguna di bawah kategori Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band)?
Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) dikekalkan pada 200kWj sebulan. Kadar tarif elektrik bagi kategori ini tidak pernah disemak semula sejak tahun 1997. Kira-kira 3.3 juta isi rumah yang merangkumi 200,000 isi rumah miskin (pendapatan kurang daripada RM750 sebulan) akan terus menikmati kadar tarif yang rendah daripada kos sebenar membekalkan elektrik, iaitu pada kadar 21.8 sen/kWj.
Apakah rasional utama bagi penyelarasan tarif pada kali ini?
Penyelarasan harga gas kepada sektor elektrik daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu merupakan komponen utama yang menyumbang kepada semakan semula tarif elektrik.

Semakan semula harga gas adalah tidak dapat dielakkan memandangkan harga minyak di pasaran dunia pada tahun ini telah meningkat berbanding harga minyak semasa harga gas ditetapkan pada kadar RM10.70/ MMBtu pada tahun 2009. Harga gas untuk sektor elektrik ditetapkan mengikut formula yang disandarkan kepada harga Medium Fuel Oil (MFO). Walau bagaimanapun, kini harga MFO telah meningkat memandangkan ianya mempunyai hubung kait yang rapat dengan harga minyak semasa di pasaran antarabangsa.

Oleh kerana gas merupakan salah satu bahan api utama iaitu 54.2% bagi penjanaan elektrik di negara ini, peningkatan harga gas kepada sektor elektrik secara langsung akan meningkatkan kos penjanaan elektrik.
Bagaimanakah harga gas ditentukan?
Harga gas ditetapkan berdasarkan harga bahan api alternatif. Sebagai contoh, sekiranya Medium Fuel Oil (MFO) digunakan sebagai bahan api utama untuk menjana elektrik, manakala bahan api gas digunakan sebagai bahan api alternatif untuk menggantikan MFO, harga gas ditetapkan bersamaan dengan harga MFO. Penetapan harga gas berdasarkan bahan api alternatif telah diguna pakai di kebanyakan negara yang mengeksport gas di rantau ini yang menggunakan harga MFO sebagai sandaran untuk menetapkan harga gas

Pada mulanya, sektor elektrik telah menggunakan diesel untuk menjana elektrik. Bagi menggalakkan sektor elektrik beralih daripada menggunakan diesel kepada gas, harga gas telah disandarkan kepada harga MFO. Berikutan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa, harga MFO turut meningkat memandangkan ianya mempunyai hubung kait yang rapat dengan harga minyak semasa di pasaran.

Harga formula asal yang dipersetujui antara pembekal (PETRONAS) dan pembeli (sektor elektrik dan bukan elektrik) terkandung dalam Perjanjian Pembekalan Gas (GSA). Dalam GSA, penetapan harga gas disandarkan kepada harga medium fuel oil (MFO) dan akan berubah mengikut naik-turun harga MFO di pasaran.
Bagaimanakah subsidi harga gas ditentukan?
Subsidi gas adalah perbezaan antara harga gas yang dikenakan kepada sektor elektrik dan industri berbanding harga pasaran. Kerajaan telah memutuskan agar harga gas yang ditetapkan kepada sektor penjanaan elektrik lebih rendah berbanding harga pasaran bertujuan untuk menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

Buat masa ini, harga pasaran gas untuk sektor elektrik adalah kira-kira RM 47.42/MMBtu manakala harga gas yang disubsidi adalah RM10.70/MMBtu. Perbezaan antara harga pasaran dan harga gas yang disubsidi sebanyak RM36.72/MMBtu merupakan jumlah subsidi yang ditanggung oleh PETRONAS.
Berapakah nilai subsidi gas di negara ini?
Sekiranya harga gas dikekalkan pada kadar sedia ada (sektor elektrik pada kadar RM10.70/MMBtu, sektor bukan elektrik pada RM15.35/MMBtu), kira-kira RM27 bilion akan dibelanjakan untuk menampung subsidi ini. (Pengiraan subsidi ini dianggarkan berdasarkan harga Medium Fuel Oil, USD93.98 setong dan kadar pertukaran wang asing pada RM3.0467/USD).

Oleh itu, Kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi harga gas. Langkah menyemak semula harga gas ini bertujuan mengurangkan bebanan tanggungan subsidi yang besar oleh PETRONAS dan Kerajaan. Sumbangan PETRONAS kepada Kerajaan dalam bentuk cukai dan dividen juga akan dapat ditingkatkan. Selain itu, PETRONAS dapat melabur semula bagi mengembangkan lagi perniagaannya.
Bilakah tarif elektrik baru berkuatkuasa?
Tarif elektrik baru akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
Apakah rasional bagi penyelarasan tarif ini?
Tarif elektrik perlu diselaraskan untuk menampung peningkatan kos pembekalan elektrik yang disebabkan peningkatan harga bahan api utama penjanaan elektrik iaitu gas (gas asli domestik dan gas cecair asli yang diimport), arang batu. Di samping itu, tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga perlu disemak semula.
Berapakah penyelarasan tarif elektrik pada semakan tarif kali ini?
  1. Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau 14.89% daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj yang melibatkan 4 komponen iaitu:
    • kesan penyelarasan harga gas domestik daripada RM13.70/MMBtu kepada RM15.20/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 1.52% atau 0.51sen/kWj;
    • kesan penetapan harga gas asli cecair (Liquified Natural Gas - LNG) yang diimport pada harga RM41.68/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 10.17% atau 3.41 sen/kWj;
    • kesan penyelarasan harga arang batu daripada USD85/tan kepada USD87.5/tan ke atas tarif elektrik sebanyak 0.51% atau 0.17 sen/kWj; dan
    • semakan tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu kenaikan sebanyak 2.69% atau 0.90sen/kWj daripada kadar purata tarif semasa.
  2. Selaras dengan penyelarasan semula kadar tarif elektrik bagi di Semenanjung, Kerajaan juga bersetuju untuk menyelaras semula kadar sumbangan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) dengan kenaikan sebanyak 0.6%. Penyelarasan ini akan menjadikan jumlah kutipan daripada pengguna – pengguna elektrik meningkat daripada 1% kepada 1.6% berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Kutipan sebanyak 1.6% ini akan melibatkan semua pengguna elektrik kecuali pengguna domestik yang menggunakan kurang dari 300kWj sebulan.
Berapa peratus daripada bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dibekalkan daripada loji-loji jana kuasa gas dan arang batu?
Bagi Semenanjung Malaysia, 94.8% daripada campuran bahan api ialah daripada sumber fosil iaitu gas sebanyak 51.5% dan arang batu sebanyak 43.3%. Bakinya ialah daripada sumber hidro sebanyak 4.2% dan Tenaga Boleh Baharu sebanyak 1%.
Apakah kadar peningkatan harga gas kepada sektor elektrik?
Harga gas domestik kepada sektor elektrik akan dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu daripada RM13.70/MMBtu kepada RM15.20/MMBtu mulai 1 Januari 2014. Bekalan gas kepada TNB sehingga 1,000 mmscfd akan dikenakan pada harga ini.

Manakala, bagi bekalan gas yang melebihi 1,000mmscfd, PETRONAS telah mengimport gas asli cecair (LNG) melalui terminal penggasan semula (Regassification Gas Terminal) Sg. Udang, Melaka pada harga pasaran semasa, iaitu RM41.68/MMBtu.
Bagaimanakah harga gas kepada sektor elektrik ditetapkan pada RM15.20/MMBtu mulai 1 Januari 2014?
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk beralih kepada harga pasaran secara berperingkat, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menyemak semula harga gas pada kadar tetap RM3/MMBtu setiap 6 bulan sehingga mencapai harga pasaran. Kadar kenaikan sebanyak RM3/mmBtu setiap 6 bulan adalah secara berperingkat dan memberi kesan yang minimum terhadap ekonomi, industri dan pengguna-pengguna.

Walau bagaimanapun, bagi semakan tarif elektrik pada kali ini, Kerajaan memutuskan untuk menyemak semula harga pada kadar RM1.50/MMBtu sahaja bagi mengurangkan impak kenaikan harga gas kepada tarif elektrik.
Apakah kesan peningkatan harga gas kepada tarif elektrik?
Oleh kerana gas adalah merupakan salah satu bahan api utama bagi penjanaan elektrik di negara ini, peningkatan harga gas kepada sektor elektrik secara langsung akan meningkatkan kos penjanaan elektrik. Atas dasar ini, Kerajaan bersetuju supaya setiap kali semakan harga gas kepada sektor elektrik dibuat, ia akan diikuti dengan semakan tarif elektrik.

Semakan harga gas asli domestik pada kali ini adalah sebanyak RM1.50/MMBtu daripada harga semasa iaitu RM13.70/mmBtu kepada RM15.20/MMBtu. Bekalan gas kepada TNB sehingga 1,000 mmscfd akan dikenakan pada harga ini dan akan memberi kesan kepada tarif elektrik ke atas tarif elektrik sebanyak 0.51sen/kWj atau 1.52%.

Bagi memenuhi keperluan gas oleh sektor tenaga, PETRONAS telah menyediakan kemudahan mengimport gas asli cecair (LNG) melalui terminal penggasan semula (Regassification Gas Terminal) Sg. Udang, Melaka. Penggunaan gas oleh TNB yang melebihi 1000mmscfd akan dibekalkan daripada RGT Sungai Udang, Melaka pada harga pasaran. Kos penggunaan LNG merupakan komponen utama dalam peningkatan tarif elektrik iaitu sebanyak 3.41sen/kWj atau 10.17%.
Mengapakah harga arang batu juga perlu disemak semula?
Selain daripada gas, arang batu juga digunakan untuk menjana elektrik di mana 43.3%. daripada campuran bahan api di Semenanjung ini disumbangkan oleh arang batu. Kali terakhir harga arang batu disemak semula adalah pada Mac 2009 dan kadar yang dibenarkan untuk dilepaskan kepada Pengguna adalah USD85/tan.

Memandangkan harga arang batu dijangka akan mencecah USD87.50/tan bagi tempoh 4 tahun akan datang, harga arang batu ditetapkan pada USD87.50/tan. Kesan peningkatan harga arang batu ke atas tarif elektrik adalah 0.17sen/kWj atau 0.51%.
Kenapakah sebarang kenaikan harga bahan api perlu dilepaskan kepada TNB dan para pengguna sahaja? Kenapakah pihak IPP tidak turut menanggung kesan kenaikan bahan api ini sedangkan mereka mendapat keuntungan yang banyak?
Pada masa sekarang sebarang kenaikan harga bahan api akan ditanggung sepenuhnya oleh TNB disebabkan elemen fuel cost pass-through yang terkandung dalam Power Purchase Agreement yang telah ditandatangani antara TNB dan IPP.
Adakah ini bermakna bahawa pihak IPP tidak menanggung sebarang kos bahan api?
Benar, semuanya adalah ditanggung oleh TNB.
Tidakkah Kerajaan boleh berbuat sesuatu untuk mengubah terma fuel cost pass-through ini?
Kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana Power Purchase Agreement adalah merupakan perjanjian yang ditandatangani secara komersial oleh TNB dan IPP.
Kenapakah semakan semula tarif asas TNB perlu sedangkan TNB mencatat keuntungan?
Kali terakhir semakan semula tarif asas TNB dilaksanakan adalah pada Jun 2011. Keuntungan RM4.61 bilion yang diperolehi oleh TNB pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2013 tidak mengambil kira kadar tukaran wang (forex translation). Keuntungan bersih sebelum kadar tukaran wang adalah RM4.12 bilion bagi tempoh 12 bulan berakhir pada 31 Ogos 2013.

Memang tidak dinafikan bahawa pihak TNB telah mendapat keuntungan yang agak baik. Walau bagaimanapun, keuntungan ini tidak dapat menampung obligasi kewangan tahunan kerana pulangan TNB adalah lebih rendah daripada perbelanjaan modal.

Semakan semula tarif asas TNB ini adalah bertujuan untuk membolehkannya mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik, termasuk pengukuhan infrastruktur sistem penghantaran dan pengagihan. Ini akan membolehkan TNB meningkatkan daya harap dan kualiti perkhidmatan sistem pembekalan elektrik. TNB juga diharap dapat menyediakan perkhidmatan pembekalan elektrik yang bertambah baik dan tempoh gangguan bekalan elektrik yang dialami pengguna di Semenanjung dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam memastikan pihak TNB mempertingkatkan kecekapan operasinya?
Bagi meningkatkan ketelusan dalam penetapan tarif elektrik, Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Kawalselia Berinsentif atau Incentive-Based Regulation (IBR)). Pelaksanaan IBR memastikan TNB beroperasi secara cekap dan mengenakan caj yang kompetitif kepada pelanggan. Kecekapan ini dinilai dari masa ke masa melalui satu rangka kerja insentif yang berasaskan ganjaran dan penalti.

IBR diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2012 untuk memastikan sektor industri bekalan elektrik yang berterusan melalui pulangan yang telus dan adil yang menggalakkan kecekapan maksimum.

Pengukur Prestasi Utama yang ditetapkan ke atas TNB adalah penurunan purata tempoh gangguan bekalan elektrik yang dialami oleh pengguna yang diukur melalui Indeks Purata Tempoh Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) dan penambahbaikan Tahap Perkhidmatan Pelanggan TNB.

Pelaksanaan IBR akan mendorong ke arah pencapaian kecekapan utiliti yang lebih baik tanpa menyebabkan penambahan kos ketara yang akhirnya mengakibatkan tarif elektrik yang tinggi kepada pengguna akhir. Di bawah mekanisme ini, hanya kos yang efisien diambilkira dalam penentuan tarif elektrik.
Apakah kutipan Feed-in Tariff (FiT)? Bagaimanakah ia akan dilaksanakan?
Mekanisme Feed-in Tariff (FiT) telah diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy – RE) dalam penjanaan elektrik.

Secara umumnya, kos penjanaan elektrik daripada sumber RE adalah lebih tinggi berbanding kos penjanaan daripada sumber-sumber fosil. Harga jualan sedia ada yang terlalu rendah tidak dapat menggalakkan usaha-usaha pembangunan RE di negara kita.

Memandangkan kos penjanaan RE yang merupakan clean energy adalah jauh lebih tinggi berbanding penjanaan elektrik daripada sumber fosil yang berkapasiti besar, maka Kerajaan telah memutuskan agar kutipan 1% daripada bil elektrik bulanan pengguna untuk menampung kos tambahan ini bermula pada Disember 2011.

Bagi menggalakkan lagi penjanaan RE di negara ini, Kerajaan telah memutuskan agar kadar kutipan daripada bil elektrik pengguna disemak semula daripada 1% kepada 1.6% bermula daripada 1 Januari 2014.
Apakah tujuan pelaksanaan Feed-in Tariff?
Pada ketika ini, penjanaan elektrik daripada sumber-sumber RE adalah sangat mahal dan tidak kompetitif berbanding loji janakuasa berkapasiti besar yang menggunakan sumber konvesional bahan api fosil. Kos per unit yang lebih tinggi ini menyebabkan pelaburan dalam RE tidak menarik minat para pelabur dan utiliti elektrik.

Pelaksanaan FiT adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan RE di Malaysia. Kutipan daripada pengguna akan digunakan untuk menampung kos tambahan bagi tarif premium yang perlu dibayar kepada pemaju-pemaju RE yang menjual tenaga hijau kepada pihak utiliti.

Mekanisme FiT telah dilaksanakan dengan jayanya di negara-negara seperti Jerman telah dikenal pasti sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan RE di negara-negara tersebut.
Mengapakah penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu adalah penting?
Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai sumber fosilnya sendiri. Walau bagaimanapun, sumber-sumber ini semakin berkurangan dengan pantas serta penggunaannya membebaskan gas rumah hijau yang menyebabkan fenomena perubahan cuaca dunia yang semakin dirasai ketika ini. Sehubungan itu, kita perlu mempelbagaikan sumber bahan api dalam penjanaan elektrik bagi memastikan keselamatan tenaga negara adalah terjamin.

Di peringkat global, adalah diperhatikan bahawa sektor tenaga sedang menuju ke arah pendekatan yang mampan dalam pembangunannya. Usaha-usaha untuk mempromosikan tenaga boleh baharu semakin giat dilaksanakan di seluruh dunia memandangkan kesedaran terhadap fenomena perubahan cuaca yang semakin meningkat. Sehubungan itu, Kerajaan seluruh dunia termasuk Malaysia sedang mempertimbangkan secara serius terhadap pembangunan mampan terutamanya dalam sektor tenaga, memandangkan sektor ini merupakan antara penyumbang gas rumah hijau yang paling tinggi hasil daripada pembakaran bahan api fosil.

Pembangunan RE secara pesat melalui mekanisme FiT boleh membantu dalam mencapai komitmen negara untuk mengurangkan intensiti karbon sehingga 40% menjelang tahun 2020, sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri di Mesyuarat United Nations Framework Convention on Climate Change di Copenhagen, Denmark pada 17 Disember 2009 yang lalu. Selain daripada itu, mekanisme FiT akan membuka peluang kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar untuk mengambil bahagian dalam industri penjanaan tenaga elektrik di negara kita. Ia seterusnya akan membuka peluang pekerjaan dan menghasilkan kesan gandaan (multiplier effect) yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, sepertimana disasarkan di bawah Program Transformasi Ekonomi.
Mengapakah kutipan kepada dana ini perlu disemak semula sebanyak 0.6%?
Tahun Sasaran TBB (NREPAP 2010) Pencapaian Unjuran Sasaran TBB (kutipan 1%) Pencapaian Unjuran Sasaran TBB (kutipan 1.6%)
2020 2,080 709 (34%) 903 (43%)
2025 2,865 791 (28%) 1,069 (37%)
Kutipan ini perlu disemak semula agar lebih banyak kuota dapat ditawarkan sekaligus dapat mempertingkatkan sumbangan sumber tenaga boleh baharu dalam campuran bahan api. Jadual di bawah menunjukkkan perbezaan impak kutipan sebanyak 1% dan 1.6% pada unjuran sasaran Tenaga Boleh Baharu (TBB).
Siapakah yang akan menguruskan kutipan FiT yang disalurkan kepada Dana RE?
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau Sustainable Energy Development Authority of Malaysia (SEDA Malaysia) adalah organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan mekanisme FiT dapat dilaksanakan dengan berkesan. SEDA Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksana dan menguatkuasakan Akta Tenaga Boleh Baharu bagi menyokong pelaksanaan mekanisme FiT.

Seksyen 23 Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) telah memperuntukkan bahawa Dana TBB akan ditadbir urus dan dikawal selia oleh SEDA Malaysia. Langkah-langkah bagi menjamin ketelusan dalam pengurusan dana ini termasuklah mengumumkan laporan kewangan ke atas perbelanjaan, pembayaran dari Dana TBB kepada penerima-penerima FiT, yuran-yuran pentadbiran kepada utiliti dan pihak berkuasa Tenaga Lestari. Selain itu, laporan akaun Pihak Berkuasa akan dibentangkan di kedua-dua Majlis Parlimen dan juga tertakluk kepada Audit Kerajaan.
Apakah kesan kenaikan tarif elektrik terhadap pelbagai kategori pengguna?
  1. Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03%);
  2. Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85%); dan
  3. Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85%).
Apakah kesan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna domestik?
  1. penggunaan elektrik antara 1kWj sehingga 300kWj yang melibatkan 4.56 juta pengguna atau 70.67% daripada pengguna domestik tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik;
  2. penggunaan elektrik antara 301kWj sehingga 400kWj sebulan yang melibatkan 1.31 juta pengguna atau 20.30% daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan di antara dalam lingkungan RM0.12 sehingga RM11.60;
  3. penggunaan elektrik antara 401kWj sehingga 600kWj sebulan yang melibatkan 0.67 juta pengguna atau 10.44% daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan dalam RM11.71 sehingga RM33.00;
  4. penggunaan elektrik antara 601kWj sehingga 800kWj sebulan yang melibatkan 0.26 juta pengguna atau 4.03% daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan sekitar RM33.12 sehingga RM55.90;
  5. penggunaan elektrik antara 801kWj sehingga 1000kWj sebulan yang melibatkan 0.11 juta pengguna atau 1.75% daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan di antara RM55.99 sehingga RM76.90; dan
  6. penggunaan elektrik yang melebihi 1000kWj sebulan yang melibatkan 0.132 juta pengguna atau 2.01% daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil bulanan dalam lingkungan RM77.02 ke atas.
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kesan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna terutamanya golongan rakyat yang berpendapatan rendah?
Kerajaan akan terus mengamalkan sikap prihatin terhadap pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dengan mengekalkan Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) pada 200kWj sebulan. Kira-kira 3.25 juta pengguna akan terus menikmati kadar tarif yang rendah daripada kos sebenar membekalkan elektrik, iaitu pada kadar 21.8 sen/kWj. Ini bermakna, kenaikan tarif ini tidak akan membebankan pengguna di bawah kategori lifeline band kerana kadar yang ditetapkan bagi kumpulan pengguna ini dikekalkan bagi tahap penggunaan tidak melebihi 200kWj sebulan.

Begitu juga dengan 1.31 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 201 sehingga 300kWj sebulan, mereka juga tidak akan menikmati sebarang kenaikan tarif.

Pemberian pengecualian dari membayar bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik/Kediaman yang menggunakan elektrik RM20 dan ke bawah juga akan dikekalkan sehingga Disember 2014. Langkah ini akan melibatkan Kerajaan menanggung perbelanjaan yang dianggarkan sebanyak RM126 juta setahun dan dijangkakan seramai 960 ribu pengguna di Semenanjung akan menikmati rebet ini setiap bulan.
Adakah Tarif Industri Khas (SIT) yang ditawarkan kepada pengusaha industri yang layak dikekalkan dalam semakan semula tarif kali ini?
Ya, Tarif Industri Khas yang ditawarkan kepada sektor industri berat yang kos elektriknya melebihi 5% daripada kos keseluruhan operasi masih dikekalkan. Walau bagaimanapun, jurang perbezaan di antara kadar Tarif Industri Khas dan Tarif Industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selaras dengan dasar Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap dalam sektor industri.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi penyelarasan tarif elektrik?
Pengguna-pengguna disarankan supaya menggunakan elektrik dengan lebih cekap dan berhemah. Contohnya, pengguna boleh menggunakan lampu yang cekap tenaga untuk menjimatkan elektrik dan mematikan suis serta menanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan. Bagi rumah-rumah yang berhawa dingin pula, penjimatan boleh dibuat dengan menyelaraskan thermostat pada suhu 24 darjah Celcius.

Dari segi pembelian peralatan elektrik, orang ramai adalah digalakkan supaya mengambil kira jumlah keseluruhan kos terlibat iaitu kos pembelian dan penggunaan bulanan. Bagi peralatan elektrik yang cekap walaupun harganya adalah lebih mahal, ia lebih menjimatkan kerana hayat penggunaannya yang lebih lama dan penjimatan penggunaan elektrik melebihi kos pembeliannya. Langkah-langkah mudah seperti ini bukan sahaja dapat mengurangkan bil elektrik pengguna malah dapat membantu Kerajaan menangguhkan pembinaan loji-loji jana kuasa baru yang sudah tentu akan menelan perbelanjaan yang besar.
Bila semakan semula tarif berkuatkuasa?
Semakan semula tarif berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 dan digunapakai di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mengapa tarif perlu disemak semula?
Semakan semula tarif ini perlu disebabkan oleh:
  1. Kenaikan kos operasi dan penyelenggaraan;
  2. Kos infrastuktur yang tinggi bagi penyediaan bekalan berdayaharap dan peningkatan kualiti; dan
  3. Dasar Kerajaan tentang pengurangan subsidi secara berperingkat (seperti subsidi diesel dan minyak), disalurkan kepada pembangunan infrastruktur yang lebih baik.
Bagaimana ianya boleh memberi kesan kepada pengguna?
  1. Kadar bagi pengguna di antara 1 - 300 kWj : Tiada perubahan.
    * 62% atau 259,400 pengguna domestik akan mengalami kesan kosong (0) sehingga minima dalam bil bulanan seperti berikut:-
    • 0 – 200 kWj : minima dan sehingga kepada 80 sen sahaja
    • 201 – 300 kWj : kenaikan 85 sen sehingga RM5.80 sahaja
  2. 7% pengguna domestic dalam penggunaan julat 301— 350 kWj : peningkatan dalam bil bulanan daripada RM6 sehingga RM14.
    Julat Penggunaan (kWj) Kadar (sen/kWj) Bil Sedia Ada (RM) Bil Baru (RM) Peningkatan (RM)
    0 - 200 1 - 101 : 17.5
    101 - 200 : 18.5
    (Tiada Perubahan)
    5.00 - 35.20
    (Dengan Pelarasan)
    5.00 - 36.00 0 - 0.80
    201 - 300 201 - 300 : 33.0
    (Tiada Perubahan)
    35.48 - 63.20
    (Dengan Pelasaran)
    36.33 - 69.00 0.85 - 5.80
    301 - 350 301 - 350 : 44.0
    (Semasa : 33.0)
    63.48 - 77.20
    (Dengan Pelarasan)
    69.45 - 91.25 5.96 - 14.05
    * Penangguhan semakan tarif tahun 2011 bagi 75% pengguna domestic (dengan penggunaan 350kWj ke bawah) telah dilaksanakan dalam bentuk pelarasan pada bil bulanan pengguna. Penangguhan ini akan tamat pada 31/12/2013.
  3. Pengguna Domestik lain:
    13% pengguna domestik dalam penggunaan julat 351 - 500 kWj : peningkatan dalam bil bulanan daripada RM6 sehingga RM23 (atau 6% sehingga 17%).
    Atas 500 kWj: peningkatan dalam bil bulanan daripada 17% sehingga lebih 25%.
Bagaimana semakan semula tarif memberi kesan kepada segmen pengguna lain?
Pengguna segmen lain seperti komersil and industri akan mengalami kenaikan tarif bergantung kepada kategori dan penggunaan seperti berikut:

Pengguna Komersil
Pengguna Voltan Rendah
72% or 56,500 pengguna komersil voltan rendah dalam penggunaan julat 0 – 1,000 kWj akan meningkat sehingga RM59 (kenaikan 16.7% sehingga 17.7%).

Pengguna Voltan Sederhana
Pengguna tarif am (99 pengguna) akan mengalami kenaikan daripada 17% sehinga 17.7% sementara tarif pengguna Beban Puncak/Luar Beban Puncak akan mengalami sedikit kenaikan di antara 16% sehingga 17%.

Pengguna Industri
Pengguna Voltan Rendah: 65% atau 1,840 pengguna industry voltan rendah dalam penggunaan julat 0 – 2,000 kWj akan mengalami kenaikan sehingga kepada RM112 atau 17.5%, pengguna lain akan mengalami kenaikan 17.5%.

Pengguna Voltan Sederhana
Pengguna tarif am (84 pengguna) akan mengalami kenaikan 17.5% dalam bil bulanan sementara pengguna Beban Puncak/ Beban Luar Puncak (3 pengguna) disekitar 14.3% sehingga 16.6%.

Pengguna adalah digalakkan untuk menukar tarif kepada tariff Beban Puncak / Beban Luar Puncak yang mana sesuai, atau memohon tarif khas baru bagi menikmati penjimatan dengan menukar beban kepada Beban Luar Puncak. Sila rujuk soalan 8 atau lawati pejabat SESB yang berhampiran bagi maklumat lanjut.
Berapa kadar kenaikan keseluruhan semakan semula tarif elektrik secara purata?
Purata keseluruhan kenaikan semakan semula tarif ialah 5 sen kWj.
Apakah harga jualan purata bagi pelbagai kategori tarif?
Kategori Tarif Purata Kenaikan
Sedia Ada Baru sen/kWj %
(sen/kWj) (sen/kWj)
Keseluruhan 29.52 34.52 5 16.90%
Domestik 25.67 29.65 3.98 15.5%
Komersil 33.15 38.98 5.83 17.60%
Industri 29.04 34.04 5 17.20%
Bagaimana bil saya akan dikira semasa tempoh peralihan (tempoh meliputi sebelum dan selepas 1 Januari 2014)?
Bil anda akan di pro-rata; iaitu kadar lama bagi mana-mana bahagian tempoh bil sebelum 1 Januari 2014 dan kadar baru selepas 1 Januari 2014. Terdapat item berasingan di dalam bil bagi tempoh pro-rata.
Apakah ciri-ciri utama dan manfaat dalam semakan semula tarif?
Ciri-ciri utama dan faedah yang diberikan dalam semakan semula tarif adalah seperti berikut:
  1. Pengguna boleh mendapat manfaat seperti berikut:
    1. SKIM TARIF KHAS LUAR PUNCAK (OPTR)
      Diskaun 20% ke atas penggunaan elektrik semasa beban luar puncak (10:00 malam-8:00 pagi), ditawarkan kepada pengguna:-
      1. Komersil Am Voltan Sederhana – CM2
      2. Industri Am Voltan Sederhana l – ID2
      3. Komersil dan Industri Voltan rendah bagi meter CT 3 x 150/5A dan ke atas – CM1 & ID1
    2. SKIM TARIF KHAS HARI AHAD (STR)
      Tiada caj Permintaan Maksima pada hari Ahad, ditawarkan kepada pengguna:-
      1. Komersil Am Voltan Sederhana – CM2
      2. Komersil beban puncak/tiada beban puncak voltan sederhana – CM3
      3. Industri Am voltan sederhana – ID2
      4. Industri am beban puncak/tiada beban puncak voltan sederhana– ID3
  2. PENGKATEGORIAN SEMULA LOJI RAWATAN AIR, PENGAGIHAN DAN PEMBETUNGAN
    Pengkategorian semula loji rawatan air, pengagihan air dan sistem pembetungan daripada kategori tarif komersil kepada kategori tarif industri pada kadar lebih rendah.
  3. PENGURANGAN CAJ SAMBUNGAN PENGGUNA
    Pengguna baru yang memohon bekalan elektrik akan diberikan pengurangan sehingga 50% daripada kos projek kepada yang layak. Sila layari laman web SESB di www.sesb.com.my untuk maklumat lanjut.
  4. CAJ SAMBUNGAN BEBAN
    Penalti untuk Caj Sambungan Beban (CLC) bagi pengguna voltan sederhana dengan penggunaan sebenar kurang daripada 75% daripada Permintaan Maksima yang diisytiharkan akan dihadkan kepada 5 tahun, selepas pengecualian 1 tahun dari tarikh bekalan diberikan.

CIRI SEMASA DIKEKALKAN
  1. Diskaun 10% diberikan kepada organisasi yang diluluskan amal/kebajikan, tempat-tempat ibadat dan institusi pendidikan (sepenuhnya atau sebahagiannya dibiayai oleh Kerajaan). Diskaun ini juga diperluaskan kepada sekolah mubaligh dan sekolah bebas.
  2. Pengecualian sewa meter.
Apakah penambahbaikan yang boleh diperolehi daripada semakan semula tarif?
SESB akan terus berusaha untuk meningkatkan dan menambahbaikan kecekapan tenaga dan perkhidmatan pelanggan. SAIDI telah menurun dari 4030 min/pengguna pada 2006 kepada 381.2 min/pengguna pada 2013 (setakat Nov 2013) dengan bantuan pembiayaan Kerajaan. Pinjaman mudah Kerajaan telah diperuntukkan dalam Pelan 5 Tahun Rancangan Malaysia (RMK) bagi projek infrastruktur elektrik. Dengan kenaikan purata tarif 5 sen/kWj, Kerajaan telah meluluskan geran berjumlah RM1.8bilion bagi projek kritikal talian penghantaran di Sabah, termasuk 275kV Lingkaran Selatan bagi melengkapkan lingkaran Grid Sabah.

Loji janakuasa baru SPR Energy dan Kimanis Power dengan jumlah kapasiti 385 MW akan meningkatkan kelegaan sistem lebih daripada 40% bagi sistem bekalan di Sabah. Dengan kekuatan talian sistem penghantaran dan pembahagian yang dilaksanakan baru-baru ini, termasuk talian kedua 33kV bagi Beaufort-Sipitang, Keningau-Tambunan, Keningau-Nabawan, Kota Marudu-Pitas, Segaliud-Beluran, menaiktaraf pencawang utama bagi sistem talian penghantaran dan pembahagian, kesan peningkatan SAIDI akan dapat dilihat pada hujung tahun depan.



The System Average Interruption Duration Index (SAIDI) is the average outage duration for each consumer served. It is used as a reliability indicator by electric power utilities.
Bagaimana saya boleh menurunkan bil elektrik?
Terdapat banyak cara mudah yang boleh dimulakan, seperti:
  1. Menutup suis pekakas dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
  2. Suhu penghawa dingin ditetapkan di antara 24°C sehingga 26°C dan menggunakan pemasa atau mod penjimatan tenaga pada waktu malam.
  3. Membasuh pakaian pada beban penuh berbanding separuh penuh atau pembasuhan kerap.
  4. Menyeterika semua pakaian sekali seminggu atau mengurangkan penggunaan seterika secara kerap.
  5. Menggunakan mentol LED, pekakas dan peralatan elektrik cekap tenaga.
  6. Bagi pengguna industri, penggunaan High Efficiency Motors (HEM) dan peranti kelajuan boleh ubah adalah sangat digalakkan.
Cara terbaik untuk meminimakan penggunaan elektrik adalah dengan mengukur penggunaan elektrik semasa, kemudian mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkannya dan memantau penggunaan dari masa ke semasa.

Memahami bil elektrik anda boleh membantu mengurus dan mengguna tenaga dengan lebih cekap dan memberi kesan ke atas keseluruhan penggunaan elektrik bagi penjimatan yang lebih.
Apakah Feed in Tariff?
Feed in Tarif (FiT) adalah satu mekanisme yang diperkenalkan bagi mempromosi pembangunan loji tenaga bolehbaharu, sehingga berkapasiti 30MW di dalam Negara, di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

Sumbangan FiT daripada tarif elektrik akan dibayar kepada Kumpulan Wang Tabung Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diuruskan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA), di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.

Kumpulan Wang Tabung Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) digunakan oleh SEDA untuk merangka kadar FiT yang menarik dan berdaya maju agar syarikat dan persendirian yang berminat membuat pelaburan dalam pembangunan loji tenaga boleh baharu, berbanding dengan kos yang tinggi dalam pengeluaran elektrik tenaga boleh baharu.
Bila sistem FiT akan dilaksanakan di Sabah?
Sistem FiT akan dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 dengan pembayaran pada kadar 1.6% ke atas bil semasa bulanan pengguna sebagai sumbangan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Pengguna domestik yang menggunakan 300 unit elektrik atau kurang akan dikecualikan daripada pembayaran ini. Di Sabah, 62% pengguna domestik elektrik akan dikecualikan daripada menyumbang ke dalam KWTBB.
Kenapa Feed-in-Tariff dilaksanakan?
FiT dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga boleh baharu di mana Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai potensi tinggi seperti hidro, biomas, solar, biogas dan geothermal. (Kemasukan geothermal dalam FiT sedang diteliti oleh pihak berkuasa)FiT ini juga membantu meningkatkan bekalan berdayaharap dan mempelbagaikan komposisi bahan api sejajar dengan Dasar 5-Bahan api Kebangsaan.
Apakah kesan FiT ke atas pengguna domestik?
Butir-butir kesan FiT ke atas pengguna domestik adalah seperti berikut:-

Penggunaan julat
  • 301 – 500 : bayaran FiT julat daripada RM1.11 sehingga RM2.53;
  • 501 – 1,000 : bayaran FiT julat daripada RM2.54 sehingga RM6.13;

Hanya 38% pengguna domestik akan menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu.
Adakah pengguna domestik masih menikmati rebat RM20?
Ya, lebih daripada 70,000 pengguna domestik dengan bil bulanan di bawah RM20 akan menikmati rebat RM20.
Teknologi Hijau
Tiada soalan di bawah kategori ini
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Menteri KeTTHA Lancar Dana Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) 16 Ogos 2017, Putrajaya - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah melancarkan program Dana Kontrak Prestasi Tenaga (EPC)... Selanjutnya
noimage MAJLIS MESRA AIDILFITRI KeTTHA DISAMBUT MERIAH Majlis Mesra Aidilfitri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bersama Menteri.... Selanjutnya
noimage LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 DAN PANTAI ECO PARK DIBUKA SECARA RASMI Kuala Lumpur, 25 Mei 2017 - Loji bawah tanah pertama di Malaysia dan terbesar di rantau Asia Pasifik, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 (P2STP) dan Pantai Eco Park telah dibuka secara rasminya... Selanjutnya
image Minister Ongkili Invites All Malaysians To Inspire The World At Expo 2017 Selanjutnya
noimage ACTING DEPUTY MINSTER KeTTHA LAUNCH THE IWA-ASPIRE CONFERENCE The Acting Deputy Minister of Energy, Green Technology and Water YB Senator Dato’ Seri SK Devamany today launched the IWA - ASPIRE 2017... Selanjutnya
noimage 59 KAKITANGAN KeTTHA TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG Seramai 59 kakitangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Jabatan dan Agensi telah menerima APC.. Selanjutnya
image ACTING DEPUTY MINSTER KeTTHA LAUNCH THE MBA IN INFRASTRUCTURE ASSET MANAGEMENT The Institute for Infrastructure Asset Management (IIAM) Asia Region - Malaysia... Selanjutnya
image SMART AND ECO FRIENDLY CITY SEMINAR Secretary General, Ministry of Energy, Green Technology and Water Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang has delivered keynote speech.. Selanjutnya
image Menteri KeTTHA Lancar Stesen ChargEV Serdang, 9 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah melancarkan stesen ChargEV... Selanjutnya
image MESYUARAT PERTAMA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU DAN PERUBAHAN IKLIM YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim... Selanjutnya
noimage Menteri KeTTHA Perkenal Malaysia di EXPO Astana 2017 Putrajaya, 1 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah memperkenalkan Malaysia... Selanjutnya
image MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KETTHA BERSAMA WARGA KETTHA DAN AGENSI Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA... Selanjutnya
image MAJLIS PERJUMPAAN MENTERI BERSAMA WARGA KeTTHA DAN AGENSI PUTRAJAYA, 24 Januari 2017 – Majlis Perjumpaan Menteri bersama Warga KeTTHA dan Agensi serta Amanat Tahun 2017... Selanjutnya
image Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue Putrajaya, 10 Januari 2017 – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan satu inisiatif baru iaitu Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue... Selanjutnya
image KETUA SETIAUSAHA KeTTHA SAKSI MoU ANTARA AIR BERHAD DAN UTM Putrajaya – Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Ir Dr. Zaini Ujang menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)... Selanjutnya
noimage INDUSTRIAL ENGAGEMENT WORKSHOP ON SKILLS CHALLENGES IN THE WATER AND WASTEWATER INDUSTRY Putrajaya, 8 Dec 2016 - Universiti Kuala Lumpur through its newly establish Centre for Water Engineering and its strategic alliances; UNESCO-IHE Institute for Water Education & Malaysian Water Association... Selanjutnya
image 100 move into longhouses in Matunggong MATUNGGONG, 3 November - Some 100 people in Kampung Membatu Laut Baru, here, received an early Christmas present after finally moving comfortably into their homes... Selanjutnya
image Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Rasmi Projek Pembetungan PAPAN 1 YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany, Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melancarkan Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Projek di Papan (PAPAN 1)... Selanjutnya
image 22nd Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menyampaikan taklimat berkaitan pemuliharaan tenaga dan kelestarian sempena Persidangan 22nd Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change (COP 22)... Selanjutnya
noimage MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KETTHA BERSAMA WARGA KETTHA DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang Bersama Warga KeTTHA dan Agensi Di Bawah Kementerian telah diadakan dengan jayanya pada 9 November 2016... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini :
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768